Monday, May 11, 2009

Honeymoon Langkawi - 1st day ;)

2 hari selepas majlis di rumah saya, kami telah bertolak ke langkawi untuk honeymoon :)Bertolak dari kuala terengganu sebelah malam ke kuala perlis dengan bas..hehe naik bas jek, boleh jimat duit..kat langkawi nanti baru sewa kereta..hrmm..sampai jeti kuala perlis dalam pukul 6.30 pagi..


bersiap sedia untuk naik feri


bergambar di depan feri

Sampai-sampai jek langkawi terus sewa kereta iswara RM80 untuk 2 hari & beli tiket "Island Hopping" untuk kebesokkan harinya sebab perancangan awal, sebelah petang tu, nak naik kereta kabel dulu (setelah di msg oleh cik jijah supaya naik kereta kabel dulu sebab best giler katanya)

Lepas sarapan terus balik ke hotel untuk check-in..kami menginap Hotel Helang :)
Tetiba my hubby ajak pergi "island hopping" dulu sebelah petang itu , so perancangan nak naik kereta kabel kena tunda ke next day..padahal saya amat teruja nak naik kereta kabel tau ;(

Hotel Helang


mahu check in


biliknya yang agak luas jugak

bilik mandinya yang sangat cantek


Dalam pukul 2 petang kami bersiap-sedia untuk pergi "Island Hopping"..menjelajah dari satu pulau ke satu pulau di mulai Pulau Dayang Bunting (ada tasik kat tengah-tengah pulau itu), selepas itu ke Pulau Singa, kat sini bagi burung helang makan..banyak giler burung helang & besar-besar sangat! Last sekali ke Pulau Beras Basah..pulau ni sama macam Pulau Kapas jek..hehe..yang mana ada pantai yang sangat jernih :)
Bot kami pulak dipenuhi dengan pelancong-pelancong dari luar, kami berdua jek orang Malaysia


mahu bertolak untuk "island hopping"


bersiap sedia untuk bertolak


dah macam rancangan realiti "Survivor" rasanya..hehe


tak pun cerita "Lost"..hahaha

oh..gambar saya lagi

inai kat tangan yang masih merah lagi :)


tetiba kena tahan dengan bot polis ni untuk check pengenalan diri masing-masing..nasib baik bawak ic..hehe

selamat sudah..teruskan perjalanan semula..melambung-lambung bot itu okay..saya dah kecut perut..iskk..


ada rupa tak sorang dayang yang tengah bunting???

nah! ini lagi jelas



setibanya di pulau dayang bunting


bergambar dahulu

banyak pic saya je kan?? tak pelah..tengook jelah..hehe

monyet yang berkeliaran merata-rata..uikks..takut woo..

jalan menuju ke tasik dayang bunting

muka kepenatan kerana menaiki tangga yang banyak giler..

sudah mahu sampai tasik

rendam kaki dengan ikan keli..saya tak berani buat..ada sorang mat negro tu, mandai-mandai tangkap ikan keli tu dengan tangan..tak pasal-pasal kena gigit..

nak naik pedal bot pun boleh :)

bagi 'can' my hubby tangkap gambar...dah tak guna mr w dah..hehe

termenungkan apa lah tu...

ketika di pulau singa bagi burung helang makan

banyak giler kan...

burung ni ambik makanan guna kaki sajo!

setibanya di pulau beras basah

awas mata kamu!


tak buat apa-apapun kat pulau ni, kami datang sehelai sepinggang, so tak boleh nak mandi manda.. sampai kat langkawi semula dalam pukul 6 petang..malam tu, kami makan ikan bakar kat restoran haji ramli..best giler!! tengahari sebelum tu pun makan kat situ jugak.. bayangkan makan tengahari kat situ untuk 2 orang tak sampai Rm 10 pun...murah kan??

12 comments:

waniepaez said...

wahh, sonotnye da p honeymoon..hehehe..wani x g lagiks la...bile xtau la, tgu baby besau cket..hehhee:P

masniza mahmud said...

ewah2! honeymoon kat langkawi yek! heheheh besh2!

**Yatie** said...

Tahniah2 kerana memenangi pakej percutian ke langkawi sempena perkahwinan anda...hehehe..seronok kan..???

dianizan said...

best kan pg langkawi..lg2 bab shoping..pg 1 beg blk 3 beg..huhuhuu

YuNaKo :) said...

Axie :)

Nak nek cable car? Ishh.. kite n siz zynor naik cam nak pitam okeh. Kitorg mengalami masalah gayat. Hahaha

axie said...

wanipaez : nanti wani honeymoon bawak baby lah..hehe :)

masniza mahmud : hehe..best sangat!

yatie :haha..menang apa pulak ni?
hrmm.. seronok sangat..

dianizan : a'ah betol.. tak larat nak bawak..semua nak beli kan?

axie said...

yunako :) : haha..tinggi sangat ke?? kita tak boleh naik..cuaca buruk :(

dakcik said...

azie..besh kan p langkawi..tp ain p honeymoon dgn baby skali..hehehe
to wanie: g la honeymoon sblum bby kuar..bwk die jenjalan ms dlm perot.lg sonok..huhu

axie said...

dakcik : a'ah besh..hehe..biar perut wani besar sket baru pegi..hehe

..KhamS.. said...

saye pom lum gi honeymoon lagik!
bby skang pom dh makin besar...
tggu dia leh jln dl br pi langkawi...hikhik...

axie said...

hehe..dah boleh jalan baru senang nak bawak kan..

dianizan said...

sy dah byk kali dh g honeymoon..maklumlah 2 thn kwin br dpt baby..huhuhuhu..