Tuesday, May 12, 2009

Honeymoon Langkawi - 2nd day ;)

Bergerak dari hotel dalam pukul 10 pagi..hrmm rancangan untuk menaiki kereta kabel sekali lagi diubah oleh my hubby..beliau ajak pegi Pekan Kuah dulu untuk bershopping.. sebelah petang naik kereta kabel katanya..hrmm :(
On da way ke Pekan Kuah, ternampak pulak signboard Beras Terbakar..terus ikut & sampailah kami di tempat Beras Terbakar..cerita pasal besar terbakar ni korang baca kat bawah :

Cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.
Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.
Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.
Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.


dulu takdek pagar macam ni my hubby kata..nak korek pasir untuk cari beras terbakar tu pun senang jek jumpa..yelah dia dah kali kedua datang langkawi..saya baru 1st time..hehe


ini beras terbakar yang dijumpai dipamerkan


sejarah beras terbakar..


bergambar kenangan


Berada di tempat beras terbakar tak lama pun..dalam setengah jam sajo..kat situ jugak ada banyak barang-barang yang dijual seperti kain batik, kain pelikat, t-shirt, tuala, keychain.. Selepas itu kami bergegas untuk ke Pekan Kuah... Sekali lagi ternampak signboard Kota Mahsuri pulak, terus ikut dan sampailah kami kat sana..hehe

diluar muzium mahsuri ada muzik tradisional dimainkan


makam mahsuri


jom naik rumah mahsuri


buaian anak mahsuri kot..wan hakim


potret mahsuri..cantek kan?


di dapur mahsuri


masak apalah tu..tiba-tiba ada baldi kat belakang..spoil betol..hehe


di rumah panglima hitam


telaga mahsuri


burung kuang


burung helang yang menggerunkan

Selepas puas berada di Kota Mahsuri barulah kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah.. 1st sekali tentulah Kedai Haji Ramli untuk mencari coklat.. Tak lupa jugak kedai Idaman Suri yang menjual barang-barang dapur & pinggan mangkuk ;)
Sesudah bershopping kami ke jeti untuk beli tiket feri untuk pulang ke Kuala Perlis besok petang & beli tiket kereta kabel sekali dapat dengan harga yang murah kat situ..

Sebelum pulang ke hotel berhenti di Dataran Lang untuk bergambar dengan replika helang yang besar gedabak itu..

yeah..itu helangnya

besar kan???

Seterusnya pulang ke hotel..sekali lagi my hubby ubah pikiran naik kereta kabel esok pagilah katannya..dia nak mandi kolam..sekali lagi saya frust..huh :(

kemain lagi gembira dapat berenang sakan

maaf saya tak pandai berenang..terpaksa gunakan pelampung

hehe..malunya guna pelampung

layan jelah
kedudukan yang paling mengasyikkan


yeah..kayuh lagi

muka keletihan
Malam itu saya mengalami selesama & batukk...sampai sekarang batuk saya tak henti-henti..aiyakk!

6 comments:

a LoT oF LuV said...

azie...
dah start keje ker?

axie said...

a'ah dah start keje dah
hari isnin baru-baru ni..
akak bahagian mana?

~ thalhazlin ~ said...

so loving and romantic both of you! hee ;p

axie said...

opps! hehe
salam perkenalan :)

MiSz eiN said...

wah3..bkn maen lagiks baju same kaler...pasangan bahagia lah katekan =)

hehe.baru saye tau bley pkai pelampung kat swimming pool.selame nih nak wat segan.haha

axie said...

itupun nak malu..hehe
pelampung tu buda2 jek guna tau.. tapi saya ambik jekk..tak peduli..hehe