Friday, May 15, 2009

Honeymoon Langkawi - 3rd day ;)

Hari last day kami di sana..so check out hotel dalam pukul 10.30 pagi..hari ni sangat seronok kerana pagi ni kami akan naik kereta kabel.. tiket feri untuk untuk ke kuala perlis dalam pukul 5.30 petang, naik feri kejap jek kan..dalam 45 minit camtu.. so masih sempat nak berjalan lagi ..tiket bas untuk ke terengganu adalah 7.30 malam..


sudah mahu check-out


bergambar kenangan di lobi hotel

So kami rushing ke Gunung Mat Cincang untuk naik kereta kabel..Sekali sampai sana kaunter tak bukak lagi..walaupun kami dah beli tiket kereta kabel, tapi still kena ke kaunter jugak untuk diaorg check..rupanya hari rabu kaunter bukak 12 tengahari..tak pelah kami decide untuk tunggu kaunter bukak dulu..bukannya lama lagi pun..dalam 1 jam je lagi..cuaca pulak panas terik pada hari itu.. kami berjalan-jalan di sekitar kaki gunung itu


tangkap gambar dulu


view dia cantik kan?


belakang tu gunung mat cincang


bermain bersama rusa

lambatnya kaunter ni nak bukak..dah penat dah berjalan ni..


15 minit lagi sebelum pukul 12 tengahari..saya tengok ada 4,5 orang bersiap sedia beratur kat kaunter..saya suruh my hubby beratur cepat-cepat..nanti dapat lah naik cepat-cepat kan..hehe
barisan beratur makin lama makin panjang...ramai giler yang datang..saya terdengar 2,3 orang kakak yang beratur belakang saya berborak "semalam kereta kebel ni tutup hujan"..saya mula terpikir..hmm nasib baik tak pergi semalam, tutup rupanya...nasib baik harini cuaca panas..

10 minit dah berlalu..cuaca tiba-tiba mendung..hati saya mula rasa tak sedap..
15 minit berlalu kaunter masih tak bukak-bukak lagi..!!cuaca dah semakin gelap
5 minit lepas tu, penjaga kaunter kuarkan kertas dah tampal kat cermin kaunter "kereta kabel terpaksa ditutup hari ini kerana cuaca buruk"

Ohh!! saya sangat frust..
Ramai yang muka dah start kecewa termasuk lah saya..yelah penat-penat beratur panjang..last-last tutup..so kami menuju ke destinasi lain...iaitu Telaga Tujuh

Sampai-sampai sana ingatkan terus dapat tengok Telaga Tujuh tu, rupanya kena mendaki bukit dulu..saya dah mula terpikir..mampu ke ni?? yelah bukit dia dah lah tinggi..pastu cam menjunam sikit..kenapalah tak buat tangga bergerak jek, kan senang..
Sikit..sikit kami naik tak sampai-sampai lagi..tengok peta jauh lagi ke atas nun! heh tak mampu dah rasanya..saya dah start tercungap-cungap..hehe
sampai jek kat air terjun saya bersuara "jomlah turun..tak larat dah"


sampai setakat air tejun sajo.. Telaga Tujuh kat atas lagi


mahu turun semula..aiyakk


tercungap-cungap hokay


frust tak larat nak naik.. tengok gambar jelah..


bersama kereta sewa..bukan yang sebelah tu tau

Destinasi seterusnya..saya nak ke Taman Buaya..tapi my hubby kata "tak payahlah, orang kaunter tiket feri semalam kata tak dek apa-apa kat situ"
So kami pegi ke Air Hangat..

rendam kaki di air hangat


masih construction lagi tempat air hangat ni


sudah mahu pulang..

Seterusnya kamu pusing-pusing kat Pekan Kuah dan terus ke jeti untuk pulang..

nak ke jeti

Dalam 5.30 tepat kami naik feri...
15 minit feri itu berjalan lancar tetiba enjin feri itu berhenti & feri itu dah buat pusingan 360 darjah..saya dah cuak "kenapa pulak ni??"
saya tengok anak-anak kapal..eh, anak -anak kapal ke?? anak-anak feri dah berlari-lari...
rupanya enjin feri rosak tersangkut sampah..
6.30 petang kami masih tak bergerak lagi dan berada di tengah-tengah laut itu.. my hubby dah mula risau takut terlepas bas..so dia try call kaunter tiket bas supaya tunggu kitaorang sampai jeti dulu..tapi diorang kata cuma boleh tunggu 10 minit jekk..pastu diorang akan gerak..
my hubby tanya ada hotel ke kat kuala perlis tu?? saya jawab "ada, Hotel Putra Brasmana" hotel itu saya menginap masa main bola tampar kat perlis tahun lepas..hehe
Tapi masalahnya kalau tido hotel pun tiket bas dah habis sampai 3 Mei! dahlah majlis kat umah lelaki 2 Mei..takut majlis jek ada, tapi pengantin takdek...hehe

Pukul 7 feri masih tak bergerak lagi..cuaca dah semakin gelap..saya mula mesej ein, jijah, ayah saya, along bagitau keadaan saya...
Pukul 7.30 muncul satu feri datang ke arah feri kami..so kami diarahkan berpindah ke feri satu lagi...bas kompem dah tinggal kami...my hubby call kaunter bas, diorang cakap 9.30 diorang ambik orang kat Alor Setar..
Kami sampai jeti dalam pukul 8.15 malam..terus cari teksi...

my hubby : pak cik alor setar dari sini jauh tak??
pakcik teksi : 1 jam, kalau ikot jalan kampung 45 minit
my hubby : berapa tambang?
pakcik teksi : RM50
my hubby : oklah pakcik, kami nak kejar bas ni...pukul 9.30 dia sampai Alor Setar
pakcik teksi : ok..cepat angkut barang

Pakcik teksi tu pecut punyalah laju...potong sana..potong sini...last-last sampai Alor Setar pukul 9.00 malam..masih sempatlah kami berehat seketika sementara tunggu bas sampai..
Bas dah sampai muka saya dah start ceria balik :)

driver bas : eh..yang ni ke dari Langkawi tadi? tak naik kat kuala perlis?
my hubby : a'ah
driver : patut lah feri rosak..barang banyak sangat..

haha..siot jekk pakcik driver bas tu..so kami selamat sampai Terengganu dalam pukul 4.30 pagi..itulah perjalanan honeymoon kitorang yang penuh adventure...kihkihkih :)


ketika di dalam feri

sebelum kejadian feri rosak

13 comments:

dakcik said...

wah azie adventure btul last day kamoo..bikin suspen jerk kan..sib baik pengantin dpt blik..kalo x majlis xdop pengantin..sbbnye t'tggl kt langkawi..hehehe
sian die xpat naek kete kabel..syok wooo..;P

MiSz eiN said...

hehehe..lawak giler citer kamu.xleh lupe ekjadian feri rosak tuh kan. xper. kenangan nih utk citer kat anak cucu nnt.mak ayah n atuk nenek dorang dalam "kejadian feri rosak sewaktu honeymoon"ekeke..

suspend jerk. igt kamu dapat nek keta kabel.upenye xdapat naek gaks...ekekek.same dengan la kite..

axie said...

tulah..last day penuh adventure.. dah lah tak dpt naik kerata kebel.. telaga tujuh sekerat jelan..hehe

are-za said...

sonok yer honeymoon..

xdpt naik keta kabel maknenyer kamoo kena pegi lg lah..hu2..

aza pn ngah menghitung ari nk g melancong ke sane..

YuNaKo :) said...

Mmg adventure sungguh awknye honeymoon :)

But

axie said...

misz ein : haha...tak baik tau
tulah..cerita pasal kereta kabel cam naikk jekk..padahal tak..hehe

are-za : tulah, nak pergi lagi rasa..best sangat..aza pegi bila?

JilLL love heyrie said...

azie,

jangan frust tak dapat naik cable car tuh because if u naik scarry gile. sirious tak tipu.

byak gile beli barang, chocs mesti byak kan?

hehe.

eh kat jeti dieorang tak check ke?

masniza mahmud said...

hahahaha! gle ah! very the amazing race! heheheh

Nurezail said...

ciannye x dapat naik kete cable...best naik tuh tapi seram sikitla...rasa cam x sabar2 nak turun bawah balik...takut!!!

axie said...

YuNaKo :) : kan?? hehe..tapi best

JilLL love heyrie : ramai org kata takot naik kereta kabel..nape ek?
kat jeti tak check, dia cuma tnya org mana? tganu sama dengan dia.. pastu baru kwen ke?? pastu lepas camtu jekk..

masniza : haha..kalau amazing race kompem kalah sebab feri rosak tengah laut ;D

nurezail : aiyakk..semua org kata takut??

..KhamS.. said...

dugaan mase honeymoon!!
ahakz!!

Eyza amk said...

rugi ler x naik kete cabel tu.. kak niza walopun terjerit² macam monyet kena belacan sbb gayat... tapi mcm nak pi lagi lah... kekke... samer le kiter... telaga tujuh tu x sampai.. semput giler.telaga satu pun x jumpa.. mcm maner nak jumpa telaga tujuh..

axie said...

khams : hehe..macam2 :)

eyza amk : ramai org kata takut naik kereta kabel..telaga tujuh tu napelah tinggi sgt kan? padahal teringin sgt kite nak tgk telaga tujuh tu..hehe