Thursday, October 1, 2009

Korang rasa tak??

Putrajaya

PUTRAJAYA 30 Sept. – Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14 di sini hari ini.
Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.
Norma berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.
“Nak minta tolong jiran pun, ramai yang dah keluar rumah akibat gegaran itu.
“Saya dapat telefon suami yang sedang bekerja, memberitahu yang saya terperangkap dan suami terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.
Suami mangsa, Mohd. Firdaus Abdul Mutalib, 26, pekerja swasta yang baru sahaja tiba dari Petaling Jaya berkata, beliau bergegas dari tempat kerjanya apabila dimaklumkan isteri mengenai kejadian itu.
“Jalan sesak sebab itu saya lewat sampai. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat,” katanya sambil menarik nafas lega.
Seorang pekerja swasta, Abdul Mutalib Mohd. Napawi, 34, memberitahu, mereka dibenarkan naik semula ke rumah pukul 7.45 malam selepas pemeriksaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Beliau yang tinggal di tingkat tujuh memberitahu, gegaran itu merupakan kali kedua dirasainya selepas yang pertama berlaku sehari sebelum berpuasa.
“Keadaan agak cemas juga tadi berikutan gegaran yang dirasai agak kuat,” katanya.


Diambil dari Utusan


Berbalik pada petikan akhbar di atas, gegaran telah dirasai di kawasan perumahan saya di presint 14..
Tapi yang musykilnya saya yang duduk kat tingkat 11 ni, tak rasa apa-apa pun...entahlah kenapa..

Pada waktu tu, hp saya tengah cas dalam bilik...
Saya pulak tengah kusyuk duk makan mangga cicah dengan kicap kat depan tv sambil goyang-goyang kaki..hehe
My hubby pulak tak balik dari kerja lagi..
Biasanya, 6.30 petang, dia akan muncul kat pintu..
Tapi semalam sampai 6.50 petang pun tak sampai-sampai lagi...heh mana pulak pergi dia ni???

Entah macamana tergerak hati nak pergi check hp yang tengah cas kat dalam bilik tu...
Banyak giler miskol...macamana boleh tak dengar ni??? nak dengar camana ko, tv pasang kuat giler sound dia..ada lah msg masuk dari my hubby tanya "kat mana ni??"
Kepelikkan di situ...kenapa pulak ni??? Call semula my hubby

my hubby : Ada kat mana??? semua orang berkumpul kat bawah ni??? tak rasa ke gegaran tadi??
saya : Gegaran apa pulak?? tak rasa apa pun..
my hubby : Pelik betol dia ni...

Lepas je habis cakap tepon, terus jengah ke tingkap..
Mak oii! ramai giler ko, orang ramai kat bawah tengah berkumpul..
Siap alih-alihkan kereta letak jauh dari bangunan..
Camanalah saya boleh tersesat sorang-sorang kat atas ni??? tak dapat den nak jawab!

Tak lama lepas tu, barulah semua naik ke umah masing-masing semula, selepas bomba dah pastikan semua ok kot...
p/s: kenikmatan makan mangga mengatasi segalanya..hehe

14 comments:

Ezzah said...

heheheh...sama la kita azie..izah pun x rasa apa2 gakkk... :P

MiSz eiN said...

haha. lawak la kamu nih
mkn mangga sampai gempa bumi pn xsadar
tu dia!!!

MiSz eiN said...

haha. lawak la kamu nih
mkn mangga sampai gempa bumi pn xsadar
tu dia!!!

MiSz eiN said...

haha. lawak la kamu nih
mkn mangga sampai gempa bumi pn xsadar
tu dia!!!

JilLL love heyrie said...

hhihih,
mango tuh lagik sedap dari takut rase gegar2 tuh kan zie??

:P

axie said...

Ezzah : hehe..tulah..tak dek perasaan kot kite nih..

MiSz eiN : haha :D, habis mmg tak terasa..nak wat camne kan..

axie said...

JilLL love heyrie : hehe..tau tak pe..kai zai tak makan mangga ke?? azie setiap hari makan..fuh best, dengan masam2nya cicah kicap pedas..perghh ;P

umm said...

Apa la kak azie ne....
Mangga punya pasal, gempa pun tak sedar...sabor je lah...tu baru mangga..kalau petai, tak tau la perasan ke tidak...hehe....

umm said...

Apa la kak azie ne....
Mangga punya pasal, gempa pun tak sedar...sabor je lah...tu baru mangga..kalau petai, tak tau la perasan ke tidak...hehe....

axie said...

uikk petai??? macam perli jekk..

waniepaez said...

hehehe, ajila nie mmgla..:P:P tp wani rase sbb time mmg tgh duk sedap menyandar kt kusi:) cuma xbajet gegaran ke ape, igt baby bergegar lam pewut:P

~PakKaramu~ said...

Rasalah

axie said...

wanipaez : hehe..perut besor sangat..sebab tu bergegar..hehe

~PakKaramu~ : ye ke??

JilLL love heyrie said...

azie,
akak tak dek la makan mango banyak2
but asyik makan oranges jek la.
:)