Thursday, February 26, 2009

Saya akan berpindah

Hari Sabtu ini, saya dan bebudak umah akan berpindah membawa haluan masing-masing..cewah!! Bukan apa, semua dah nak kawen, so kitaorang berpakat nak keluar dari umah itu.. Kak nini akan berpindah ke kuarters yang dia baru dapat kat presint 9, Za duduk dengan akak dia sementara waktu, Kak Lin duduk dengan family dia kat Gombak sebelum kawen dan saya??? Saya akan berpindah ke rumah dak Ein buat sementara waktu sebelum berkawen.

Tinggal 2 hari je lagi sebelum berpindah..dah 2 tahun tinggal di rumah ini..sob..sob..
Bilik tido saya, saya belum kemas apa-apa barang lagi..

Oh, saya dah dapat kuarters kat presint 14, saya akan tinggal di situ selepas saya berkawen =)Cuma saya tak puas hati sebab kuarters tu, tiada balkoni =(
Cuma yang ada balkoni kat daput untuk sidai kain..So macam terperap lah sikit, umah itu..

pandangan hadapan..itu bukan balkoni, itu tempat letak air-cond

balkoni kat daput untuk sidai baju

Saya di Blok A, za di Blok A, kak lin di Blok B...hehe, semua bebudak umah dapat kat sini cuma kak nini jek di Presint 9..Nombor umah saya dengan za pun sama, yang bezanya saya di tingkat 11, za di tingkat 10. So, kalau saya lompat-lompat atau hentak-hentak kaki kompem dia dengar..hehe..Kalau suami dia outstation boleh dia tido umah saya & kalau mr w outstation boleh saya tido umah dia..(Wah..berangan!!) Semua perkara yang saya katakan itu tidak akan berlaku kerana beliau dah tolak kuaters itu kerana teman akak dia (suami akak dia kat luar negara) & lagipun dia maybe kawen tahun depan..

Saya dapat tangkap luar bangunan sajo..sebab kunci belum dapat lagi.. Majlis penyerahan kunci kuarters itu akan diadakan pada 3 MaC 2009.. Saya tak sabar nak tengok bentuk keadaan di dalam rumah itu..adakah besar?? adakah kecikk?? adakah bersegi-segi??? Wah..terujanya!!!

Tuesday, February 10, 2009

Saya eksiden

Saya balik tganu cuti weekend + thaipusam baru-baru ni.. mr w yang beria ajak balik.. saya ON sajo..Nak dijadikan cerita, sabtu petang pergi bandar KT dengan mak saya & mak sedara untuk cari sampin songket untuk hantaran mr w..Masa kat trafic light merah, kedudukan kereta saya betul-betul belakang lori..Kemudian traffic light tu hijau, lori tu pun jalan jelah..saya follow jelah kan..tiba-tiba lori tu berhenti..saya tengok side mirror kanan jalan clear terus pusing streng ke kanan untuk pintas lori yang tiba-tiba berhenti tu (tanpa memandang side mirror kiri sebab bajet macam lepas jek) Tiba-tiba krok..krek..krokk...kreekk....mak sedara saya menjerit "kak ngah mu langgar lori!!" Saya terpinga-pinga + muka dah pucat (hati berkata, habislah kereta ni)
Saya pergi langgar bucu bontot lori & side mirror patah, kereta dah calar banyakk...sob..sob.. (nanges...)

side mirror belah kiri patah


tulang tingkap kemek

zoom dekat sikit

kemek kat pintu belakang

Msg mr w, mr w kata "nano sungguh bawak kereta" hehe..nano tu maksudnya ganas.. mana ada ganas, benda dah nak jadi kan..esoknya mr w datang tangok dan baiki sekali




Dah ganti cermin baru..tapi kemek tu terpaksa biarkan dulu sebab ia mungkin diganti sebelah dinding kelisa itu & memakan perbelanjaan yang banyak