Friday, March 20, 2009

Belon Panas


Petang semalam ein & family ajak pergi tengok belon panas ini.. tapi saya penat, baru balik keje (ein cuti)Diorang dah pergi, ein tetiba msg "azie cepat tengok belon panas kat balkoni, best! rugi ko tak pergi" So saya pun berlari ke balkoni & tengok belon panas yang banyak giler berterbangan.. Ein kata international punya belon panas ini, so bermacam-macam negara ada.. Saya tak tau sama ada ia pertandingan atau pertunjukan tapi ianya sampai ahad ini.. Sapa-sapa nak tengok belon panas ini boleh lah datang & bermacam-macam aktiviti lain ada.. Saya tangkap guna handphone sajo..kalau tak, boleh zoom orang yang duduk dalam bakul itu..hehe


belon ini comeii

belon burung merak ini cantik & besar sangat

tapi makin lama makin hampir dengan saya, biar betul belon ni

tengok, dia lintas atas kepala saya sajo..

ini belon dari malaysia, tiba-tiba mendarat kat padang depan umah ini..tak tau samada gas habis atau belon bocor..hehe

Thursday, March 12, 2009

CambeSt

Belek-belek buku adress kengkawan lama (time poli jek)..Sangat penting! simpan buku itu, bila nak kawen ke, apa ke..tengok adress diorang kat buku itu sajo.. tapi tak lengkap pun, hanya beberapa kerat je yang tulis & alamat diorang sekarang ni betul ke tidak, entah-entah dah pindah.. Yelah buku tu dari tahun 2003 lagi..Dah 6 tahun..Pasal buku itu saya cerita di entry lain yek..ini saya mau cerita pasal sindrom ayat "CAMBEST" yang terdapat dalam buku itu..
Masa itu, kami bebudak hostel bilik C313, C314 & C315, aras 3, blok C, kamsis A, Polisas, terpengaruh dengan majalah Utopia yang selalu di beli oleh Sumaiyah (rindu sangat sama dia)..Kebanyakan semua nak tulis ayat CAMBEST itu, nak bercakap pun mesti ada perkataan CAMBEST..hehe..kelakar bila ingat balik =)

tuan punya buku yang mula dulu..hehe

ini dari sumaiyah budak perak..kat mana entah dia sekarang

ini ain budak johor, dah lama tak jumpa dia, semalam try google nama dia, dia keje Perbadanan Putrajaya sajo..heh! dekat jek dengan opis saya..

ini jumie..sapa tak kenal jumie kan..

ini ecah budak seremban..sekarang sambung belajar lagi

Wednesday, March 11, 2009

Kad untuk kawan-kawan

Sekarang saya dalam proses mengumpul alamat..Yang mana dah lengkap, saya print tampal di sampul kad.. Yang mana yang dekat-dekat, saya just print nama sajo... Sapa-sapa belum tinggalkan alamat sila tinggalkan alamat di sini... sekarang saya tengah buat untuk kawan sekolah, kawan poli, kawan volleyball, kawan friendster & untuk bebudak bahagian saya belum buat lagi..

telah siap di sampul, tunggu mr w beli setem sajo

Tuesday, March 10, 2009

Pelik

Di suatu petang

Oganisasi x : Helo, ini pejabat dato M ke??

Saya : Ye..ini pejabat dato M

Oganisasi x : Saya nak tanya, surat..bla..bla dah terima ke??

Saya : (sambil mencari rekod surat dalam PC) Ye saya dah terima, tapi dato belum tengok lagi

Organisasi x: Nanti kalau dato dah tengok, tolong faks kan kehadiran yek...

Saya : Ok, nanti saya faks kan


Sejam selepas itu, organisasi yang sama call & bertanyakan surat yang sama

Organisasi x : Hello, ini pejabat dato M ke??

Saya : Ye..ini pejabat dato M

Organisasi x : Ada terima tak surat yang baru saya faks tadi

Saya : (terpinga-pinga) Tiada faks masuk pun (sambil menjeling kat mesin faks) Apa nama tajuk surat itu??

Organisasi x : Bla..bla..bla (tajuk surat yang sama dengan panggilan pertama tadi) tadi awak kata tak dapat, awak yang suruh saya faks

Saya : Eh, mana ada saya cakap macam tu, saya cakap surat itu dato belum tengok lagi

Organisasi x : Takdek, takdek, awak yang suruh saya faks tadi (suara macam nak marah dah)

saya: Tak saya cuma cakap surat dato tak tengok lagi

Organisasi x : Awak salah orang tadi kot..

saya : Bengong betol orang ini, kamu yang salah orang, tuduh kite plak yang salah orang, entah tadi dia call sapa, pastu pegi faks & call kat pejabat orang lain pulak (Dalam hati)

Organisasi x : Nanti dah terima, faks kan kehadiran yek..

saya : Ok!! terus letak, tak kose nak bebaik dengan orang yang memeningkan kepala ini..dahlah cam kuwang ajar..bengong!

Friday, March 6, 2009

kawan-kawanku peknen

hehe..suka sangat...kenapa ek?? Oo..dak Ein ada buat tajuk entry yang sama kan, mesti ramai dah tahu.. Semalam saya pegi jumpa dak Wani kat opis dia, saya nak ambik kunci umah dak Ein yang ada dengan dak Wani, yelah kan dak Wani duk umah dak Ein sebelum kawen.. sekarang saya pulak ganti tempat dia...selama seminggu ni, kami guna satu kunci sajo..tunggu dak Ein balik opis, baru saya balik...kalau tak tercongoklah saya duk depan pintu umah dia...

Semalam jumpa dak Wani, lepas dia bagi kunci..dia sengih-sengih..pastu dia usap-usap perut dia sambil kata "dah 6 minggu azie"....saya menjerit kuat-kuat..."arrghhh waniii!!!" (haha..excited giler)
2 minggu sebelum itu, saya dengan dak Ein ke umah dak Wani, dalam peti ais dia penuh dengan buah-buah masam-masam ni, mempelam, kendondong..tapi dak wani kata dia tak peknen pun..buah-buah itu, mak mertua dia bagi..sebab mak mertua dia syak dia peknen sebab dalam peti ais dak wani juga penuh dengan berbagai-bagai jenis asam.. dak Wani menafikan, sebab dia memang giler dengan asam-asam ni (masa tu dia tak tau lagi)

Masa drive kereta selepas jumpa dak Wani, saya dah msg dak Ein "dak Wani peknen 6 minggu" & masa kat cafe terserempak dengan dak Ain, terus bagitau dia..dia pun terkejut...Dak Ain pulak peknen 6 bulan, dak Wani peknen 6 minggu..tak sampai setengah jam dah ramai yang tau..pastu saya dengan dak Ein duk cerita kat dalam belog ni, mesti hangin jek dak Wani..lantaklah!! hahaha =D So tahun, 3 orang anak buah dapat..anak dak wani, anak dak ain, tak lupa juga anak inadiani (tak pasti berapa bulan, 5 bulan kot)

Wednesday, March 4, 2009

Umah saya

Semalam saya dah ambik kunci kuarters..Nasib baik pergi dalam tengahari, tak ramai orang kat sana..So submit borang, tak sampai sepuloh minit dah dapat kunci.. Kat sana jugak ada dibuka kaunter Astro & Streamyx

sapa-sapa nak pasang intenet kat umah bolehlah daftar kat sini

surau..landskap kat surau ni cantik sangat

jalan menuju ke rumah saya, agak scary sikit..kena bukak lampu baru terang kot

ini hall, lorong kanan tu ada 3 bilik tido kat situ & bilik air tetamu

ambik pic hall dari posisi lain

3 biilik itu dekat-dekat macam ni

bilik utama & bilik air

saya rasa bilik utama ini macam kecik, tapi dak Ein kata besar..

bilik no. 2

bilik no. 3

bilik air tetamu

dapur

tempat sidai baju

stor

Saya berpuas hati dengan rumah ini walaupun tiada balkoni =(
Bila nak cuci umah ni?? hujung minggu ni balik kampung maybe minggu depan kot.. So, gadis cuci yang dah buat perjanjian sila bersedia..wahaha =D