Tuesday, April 21, 2009

2 hari saja lagi...

Sekejap jek masa berlalu..aiyakk..saya semakin pening kepala..macam-macam perlu dibuat..sepatutnya 11.25 malam sekarang ini, saya kena bungkuskan cenderahati tetamu yang masih belum siap lagi..tapi saya curi masa lari ke bilik along sekejap untuk taip belog ini..hehe..ini adalah gambar-gambar yang sempat ditangkap :)

barang-barang untuk masak

kat dapur pun penuh barang

bilik saya yang besepah giler..barang-barang hantaran buat kat dalam bilik ni..oh, sepupu saya buat untuk saya & mr w punya hantaran

bilik saya yg dah siap pasang langsir..disponsor oleh mak saya..hehe

hall pun bersepah untuk proses pembungkusan cenderahati tetamu

hall yang baru saja dipasang langsir baru mak saya

eh..camana boleh sesat gambar budak kecik ini...

bilik saya yang siap dikemas ;)




aktiviti saya sebelum majlis

rabu malam : ambik baju
khamis petang : pelamin & hiasan bilik akan di pasang
khamis malam : ein sampai (pengapit saya),..kena ambik dia kat airport
khamis malam: pakai inai
jumaat pagi : nadirah's family & elyza sampai
jumaat petang: akad nikah
sabtu pagi: jijah & nadia sampai
sabtu : majlis saya :)

Friday, April 17, 2009

Last Day

Hari ni merupakan last day saya bekerja sebelum bercuti kahwin..Yes! saya akan bercuti 14 hari sajo ;p...tambah cuti weekend + cuti hari pekerja dapatlah 3 minggu..hehe

Syoknya cuti!!

Kepada Kak Mah yang akan menggantikan tempat saya sepanjang saya bercuti nanti "keje elok-elok ek..segala pesanan azie dah tinggal atas meja..jangan sedih-sedih tau..hikhik ;)"

Selepas ini maybe saya akan bersiaran langsung dari kampung, kalau sempatlah ek...kan bakal pengantin..banyak keje nak buat :)

Ok itu saja nak cakap..babai semua..doakan semua berjalan lancar..Amin..

;) bestnya kalau majlis saya diiringi tarian tradisional macam ni..beranganlah kamu ni azie!!

44 Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

(diambil dari pengantin.com.my)

Thursday, April 16, 2009

Jemputan Kawen



Uiiii..tak lama dah lagi..minggu depan dah majlis saya..sekejap jek kan?? kepada yang tak dapat kad tu, saya jemput melalui belog aci tak?? aci jelah ek...zaman kan dah berubah, dunia kan dah maju...Wah tetiba! cakap jelah kad kawen ko dah habis azie....Ok, datang beramai-ramai pada 25 April 2009 di alamat Lot 5567, Kg. Alor Pak Bang 21600 Marang Terengganu... untuk mendapatkan peta klik kat gambar atas tu pastu print, kan canggih gitu ;P



Tuesday, April 14, 2009

Kejadian lawak kat lif pagi tadi

Sebelum tu, saya nak gelak dulu...hahaha
Kelakar + malu yang teramat sangat..adeh!!!

Ceritanya macam ni,
Saya dengan Ein turun lif sesama sebelum ke opis pagi tadi..Ein jinjit plastik sampah sekali.. pastu, pintu lif tak boleh tutup pulak, asyik terbukak sajo! Ein bagi cadangan "ko tolak pintu belah sana, aku tolak pintu belah ni" (sambil letak plastik sampah kat lantai)
Yes berjaya..pintu tertutup hokay!
Sesampai jek kat tingkat 3 ada akak masuk sambil dukung anak dia..Ein dah bagi jelingan mata, mesti pintu lif tak boleh tutup lagi ni..sekali elok jek dia tertutup..nasib baik!

Tetiba berhenti pulak kat tingkat 2..ada sorang abang berumur lingkungan pertengahan 20an masuk (iskk..abang ni sepatutnya turun guna tangga jek tau) Sekali pintu lif tak nak tertutup dah.. abang tu pulak just tengok jekk tanpa membuat apa-apa tindakan..Ein sekali lagi bagi jelingan mata, tetiba dia bersuara "cepat tolak macam tadi" So kami pun tolaklah pintu lif sekuat hati tapi tak nak tutup jugak...rupa-rupanya akak dukung anak tu pergi tekan punat BUKA...Ein bersuara lagi "akak jangan tekan bukak" Pastu kami lakukan sekali lagi adengan menolak pintu lif itu.. akak dengan abang tu hanya perhatikan kitaorang sajo! Tolak punyalah sekuat hati...tak nak tertutup jugak...

Adoii, so kitaorg macam putus asa & tak buat apa-apa dah..tetiba pintu lif tertutup sendiri..elok jekk.. bengong betol...yang paling malu sangat, abang tu siap gelakkan kitaorang tau!!! bukannya nak tolong..pastu gelakkan kitaorg..kitaorg kuar lif dengan perasaan yang amat malu sekali... mana nak sorok muka ni???