Friday, May 15, 2009

Honeymoon Langkawi - 3rd day ;)

Hari last day kami di sana..so check out hotel dalam pukul 10.30 pagi..hari ni sangat seronok kerana pagi ni kami akan naik kereta kabel.. tiket feri untuk untuk ke kuala perlis dalam pukul 5.30 petang, naik feri kejap jek kan..dalam 45 minit camtu.. so masih sempat nak berjalan lagi ..tiket bas untuk ke terengganu adalah 7.30 malam..


sudah mahu check-out


bergambar kenangan di lobi hotel

So kami rushing ke Gunung Mat Cincang untuk naik kereta kabel..Sekali sampai sana kaunter tak bukak lagi..walaupun kami dah beli tiket kereta kabel, tapi still kena ke kaunter jugak untuk diaorg check..rupanya hari rabu kaunter bukak 12 tengahari..tak pelah kami decide untuk tunggu kaunter bukak dulu..bukannya lama lagi pun..dalam 1 jam je lagi..cuaca pulak panas terik pada hari itu.. kami berjalan-jalan di sekitar kaki gunung itu


tangkap gambar dulu


view dia cantik kan?


belakang tu gunung mat cincang


bermain bersama rusa

lambatnya kaunter ni nak bukak..dah penat dah berjalan ni..


15 minit lagi sebelum pukul 12 tengahari..saya tengok ada 4,5 orang bersiap sedia beratur kat kaunter..saya suruh my hubby beratur cepat-cepat..nanti dapat lah naik cepat-cepat kan..hehe
barisan beratur makin lama makin panjang...ramai giler yang datang..saya terdengar 2,3 orang kakak yang beratur belakang saya berborak "semalam kereta kebel ni tutup hujan"..saya mula terpikir..hmm nasib baik tak pergi semalam, tutup rupanya...nasib baik harini cuaca panas..

10 minit dah berlalu..cuaca tiba-tiba mendung..hati saya mula rasa tak sedap..
15 minit berlalu kaunter masih tak bukak-bukak lagi..!!cuaca dah semakin gelap
5 minit lepas tu, penjaga kaunter kuarkan kertas dah tampal kat cermin kaunter "kereta kabel terpaksa ditutup hari ini kerana cuaca buruk"

Ohh!! saya sangat frust..
Ramai yang muka dah start kecewa termasuk lah saya..yelah penat-penat beratur panjang..last-last tutup..so kami menuju ke destinasi lain...iaitu Telaga Tujuh

Sampai-sampai sana ingatkan terus dapat tengok Telaga Tujuh tu, rupanya kena mendaki bukit dulu..saya dah mula terpikir..mampu ke ni?? yelah bukit dia dah lah tinggi..pastu cam menjunam sikit..kenapalah tak buat tangga bergerak jek, kan senang..
Sikit..sikit kami naik tak sampai-sampai lagi..tengok peta jauh lagi ke atas nun! heh tak mampu dah rasanya..saya dah start tercungap-cungap..hehe
sampai jek kat air terjun saya bersuara "jomlah turun..tak larat dah"


sampai setakat air tejun sajo.. Telaga Tujuh kat atas lagi


mahu turun semula..aiyakk


tercungap-cungap hokay


frust tak larat nak naik.. tengok gambar jelah..


bersama kereta sewa..bukan yang sebelah tu tau

Destinasi seterusnya..saya nak ke Taman Buaya..tapi my hubby kata "tak payahlah, orang kaunter tiket feri semalam kata tak dek apa-apa kat situ"
So kami pegi ke Air Hangat..

rendam kaki di air hangat


masih construction lagi tempat air hangat ni


sudah mahu pulang..

Seterusnya kamu pusing-pusing kat Pekan Kuah dan terus ke jeti untuk pulang..

nak ke jeti

Dalam 5.30 tepat kami naik feri...
15 minit feri itu berjalan lancar tetiba enjin feri itu berhenti & feri itu dah buat pusingan 360 darjah..saya dah cuak "kenapa pulak ni??"
saya tengok anak-anak kapal..eh, anak -anak kapal ke?? anak-anak feri dah berlari-lari...
rupanya enjin feri rosak tersangkut sampah..
6.30 petang kami masih tak bergerak lagi dan berada di tengah-tengah laut itu.. my hubby dah mula risau takut terlepas bas..so dia try call kaunter tiket bas supaya tunggu kitaorang sampai jeti dulu..tapi diorang kata cuma boleh tunggu 10 minit jekk..pastu diorang akan gerak..
my hubby tanya ada hotel ke kat kuala perlis tu?? saya jawab "ada, Hotel Putra Brasmana" hotel itu saya menginap masa main bola tampar kat perlis tahun lepas..hehe
Tapi masalahnya kalau tido hotel pun tiket bas dah habis sampai 3 Mei! dahlah majlis kat umah lelaki 2 Mei..takut majlis jek ada, tapi pengantin takdek...hehe

Pukul 7 feri masih tak bergerak lagi..cuaca dah semakin gelap..saya mula mesej ein, jijah, ayah saya, along bagitau keadaan saya...
Pukul 7.30 muncul satu feri datang ke arah feri kami..so kami diarahkan berpindah ke feri satu lagi...bas kompem dah tinggal kami...my hubby call kaunter bas, diorang cakap 9.30 diorang ambik orang kat Alor Setar..
Kami sampai jeti dalam pukul 8.15 malam..terus cari teksi...

my hubby : pak cik alor setar dari sini jauh tak??
pakcik teksi : 1 jam, kalau ikot jalan kampung 45 minit
my hubby : berapa tambang?
pakcik teksi : RM50
my hubby : oklah pakcik, kami nak kejar bas ni...pukul 9.30 dia sampai Alor Setar
pakcik teksi : ok..cepat angkut barang

Pakcik teksi tu pecut punyalah laju...potong sana..potong sini...last-last sampai Alor Setar pukul 9.00 malam..masih sempatlah kami berehat seketika sementara tunggu bas sampai..
Bas dah sampai muka saya dah start ceria balik :)

driver bas : eh..yang ni ke dari Langkawi tadi? tak naik kat kuala perlis?
my hubby : a'ah
driver : patut lah feri rosak..barang banyak sangat..

haha..siot jekk pakcik driver bas tu..so kami selamat sampai Terengganu dalam pukul 4.30 pagi..itulah perjalanan honeymoon kitorang yang penuh adventure...kihkihkih :)


ketika di dalam feri

sebelum kejadian feri rosak

Tuesday, May 12, 2009

Honeymoon Langkawi - 2nd day ;)

Bergerak dari hotel dalam pukul 10 pagi..hrmm rancangan untuk menaiki kereta kabel sekali lagi diubah oleh my hubby..beliau ajak pegi Pekan Kuah dulu untuk bershopping.. sebelah petang naik kereta kabel katanya..hrmm :(
On da way ke Pekan Kuah, ternampak pulak signboard Beras Terbakar..terus ikut & sampailah kami di tempat Beras Terbakar..cerita pasal besar terbakar ni korang baca kat bawah :

Cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.
Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.
Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.
Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.


dulu takdek pagar macam ni my hubby kata..nak korek pasir untuk cari beras terbakar tu pun senang jek jumpa..yelah dia dah kali kedua datang langkawi..saya baru 1st time..hehe


ini beras terbakar yang dijumpai dipamerkan


sejarah beras terbakar..


bergambar kenangan


Berada di tempat beras terbakar tak lama pun..dalam setengah jam sajo..kat situ jugak ada banyak barang-barang yang dijual seperti kain batik, kain pelikat, t-shirt, tuala, keychain.. Selepas itu kami bergegas untuk ke Pekan Kuah... Sekali lagi ternampak signboard Kota Mahsuri pulak, terus ikut dan sampailah kami kat sana..hehe

diluar muzium mahsuri ada muzik tradisional dimainkan


makam mahsuri


jom naik rumah mahsuri


buaian anak mahsuri kot..wan hakim


potret mahsuri..cantek kan?


di dapur mahsuri


masak apalah tu..tiba-tiba ada baldi kat belakang..spoil betol..hehe


di rumah panglima hitam


telaga mahsuri


burung kuang


burung helang yang menggerunkan

Selepas puas berada di Kota Mahsuri barulah kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah.. 1st sekali tentulah Kedai Haji Ramli untuk mencari coklat.. Tak lupa jugak kedai Idaman Suri yang menjual barang-barang dapur & pinggan mangkuk ;)
Sesudah bershopping kami ke jeti untuk beli tiket feri untuk pulang ke Kuala Perlis besok petang & beli tiket kereta kabel sekali dapat dengan harga yang murah kat situ..

Sebelum pulang ke hotel berhenti di Dataran Lang untuk bergambar dengan replika helang yang besar gedabak itu..

yeah..itu helangnya

besar kan???

Seterusnya pulang ke hotel..sekali lagi my hubby ubah pikiran naik kereta kabel esok pagilah katannya..dia nak mandi kolam..sekali lagi saya frust..huh :(

kemain lagi gembira dapat berenang sakan

maaf saya tak pandai berenang..terpaksa gunakan pelampung

hehe..malunya guna pelampung

layan jelah
kedudukan yang paling mengasyikkan


yeah..kayuh lagi

muka keletihan
Malam itu saya mengalami selesama & batukk...sampai sekarang batuk saya tak henti-henti..aiyakk!

Monday, May 11, 2009

Honeymoon Langkawi - 1st day ;)

2 hari selepas majlis di rumah saya, kami telah bertolak ke langkawi untuk honeymoon :)Bertolak dari kuala terengganu sebelah malam ke kuala perlis dengan bas..hehe naik bas jek, boleh jimat duit..kat langkawi nanti baru sewa kereta..hrmm..sampai jeti kuala perlis dalam pukul 6.30 pagi..


bersiap sedia untuk naik feri


bergambar di depan feri

Sampai-sampai jek langkawi terus sewa kereta iswara RM80 untuk 2 hari & beli tiket "Island Hopping" untuk kebesokkan harinya sebab perancangan awal, sebelah petang tu, nak naik kereta kabel dulu (setelah di msg oleh cik jijah supaya naik kereta kabel dulu sebab best giler katanya)

Lepas sarapan terus balik ke hotel untuk check-in..kami menginap Hotel Helang :)
Tetiba my hubby ajak pergi "island hopping" dulu sebelah petang itu , so perancangan nak naik kereta kabel kena tunda ke next day..padahal saya amat teruja nak naik kereta kabel tau ;(

Hotel Helang


mahu check in


biliknya yang agak luas jugak

bilik mandinya yang sangat cantek


Dalam pukul 2 petang kami bersiap-sedia untuk pergi "Island Hopping"..menjelajah dari satu pulau ke satu pulau di mulai Pulau Dayang Bunting (ada tasik kat tengah-tengah pulau itu), selepas itu ke Pulau Singa, kat sini bagi burung helang makan..banyak giler burung helang & besar-besar sangat! Last sekali ke Pulau Beras Basah..pulau ni sama macam Pulau Kapas jek..hehe..yang mana ada pantai yang sangat jernih :)
Bot kami pulak dipenuhi dengan pelancong-pelancong dari luar, kami berdua jek orang Malaysia


mahu bertolak untuk "island hopping"


bersiap sedia untuk bertolak


dah macam rancangan realiti "Survivor" rasanya..hehe


tak pun cerita "Lost"..hahaha

oh..gambar saya lagi

inai kat tangan yang masih merah lagi :)


tetiba kena tahan dengan bot polis ni untuk check pengenalan diri masing-masing..nasib baik bawak ic..hehe

selamat sudah..teruskan perjalanan semula..melambung-lambung bot itu okay..saya dah kecut perut..iskk..


ada rupa tak sorang dayang yang tengah bunting???

nah! ini lagi jelas



setibanya di pulau dayang bunting


bergambar dahulu

banyak pic saya je kan?? tak pelah..tengook jelah..hehe

monyet yang berkeliaran merata-rata..uikks..takut woo..

jalan menuju ke tasik dayang bunting

muka kepenatan kerana menaiki tangga yang banyak giler..

sudah mahu sampai tasik

rendam kaki dengan ikan keli..saya tak berani buat..ada sorang mat negro tu, mandai-mandai tangkap ikan keli tu dengan tangan..tak pasal-pasal kena gigit..

nak naik pedal bot pun boleh :)

bagi 'can' my hubby tangkap gambar...dah tak guna mr w dah..hehe

termenungkan apa lah tu...

ketika di pulau singa bagi burung helang makan

banyak giler kan...

burung ni ambik makanan guna kaki sajo!

setibanya di pulau beras basah

awas mata kamu!


tak buat apa-apapun kat pulau ni, kami datang sehelai sepinggang, so tak boleh nak mandi manda.. sampai kat langkawi semula dalam pukul 6 petang..malam tu, kami makan ikan bakar kat restoran haji ramli..best giler!! tengahari sebelum tu pun makan kat situ jugak.. bayangkan makan tengahari kat situ untuk 2 orang tak sampai Rm 10 pun...murah kan??