Thursday, July 23, 2009

Lawak okey..

Terima email dari my hubby, tergelak sorang-sorang ;D

Memula duk pikir apa chimpeng ni???

Email tu,


I was looking for an empty space to park my car at Bangsar


when suddenly there's a knock on the glass


"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"


"Apa?"


"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia cakap sini ada satu Chimpeng..."


"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"


"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."


"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?"


"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."


buat aku pening je.. dia actually cari .......



*



*



*



*



*



*



*


CIMB Bank .. !!!!!!!


ayoo apekk...manyak pelat woo!

Wednesday, July 22, 2009

Mengidam ke??

2 minggu sekali, mesti akan terjah ke Restoran Limau Nipis di Bangi..

Bukannya nak makan sangat..tapi cuma nak minum air ni,

Air Limau Nipis Special

Bila dah dapat minum air ni, kompem kenyang...tak makan nasi pun tak pe..haha :D

Ini bukan mengidam okay..sebelum kawen lagi memang selalu ke kedai itu, untuk minum air ni..

1st time minum..perghh!! rasanya sedap giler..rasa nak mintak lagi, padahal satu gelas tu dah banyak okay..ditambah dengan jeli-jeli kaler hijau + eskrem vanila..memang syoklah!

Tapi semalam Dak Wani pesan, jangan minum banyak sangat air nie sebab tajam..3 bulan ke atas baru okay...kenalah bertahan sikit lepas ni..

p/s : suka makan eskrem trafic light sejak peknen :)

Friday, July 17, 2009

Perasaan ku...

6.30 pagi tadi dah terjaga..
Golek-golek pusing kiri, pusing kanan..
My hubby plak baru pergi keje, awal giler...yelah kan keje kat Shah Alam, masuk pulak 7.30 pagi..kompemlah kena kuar awal..

Tiba terdengar bunyi tup..tup..pastu senyap
Selang beberapa saat bunyi lagi, tup..tup..tup..pastu senyap
Iskk bunyi apa tu?? sambil pegang perut sebab teringat Kak Diana (akak kat opis) cerita dia boleh dengar nadi bayi dia dalam perut..yupp! dia mengandung 6 bulan..

Terus capai hp & msg kak diana

Saya : Azie dgr bunyi tup..tup.. kat perut pastu senyap...pastu bunyi lagi, bunyi apa tu??
Kak Diana : Bunyi nadi kot...mmg kuat bunyinya..jangan terkejut
Saya : Biar betol kan baru 2 bulan (dalam hati)

Bunyi itu masih tak berhenti-henti..slow-slow saya bangun & menuju ke bilik air untuk mandi..
Tapi sebelum tu, tutup kipas dulu... Elok jek tutup kipas, bunyi tu pun hilang...
apakah? apakah?? apakah???



*


*


*


*


*


*


yup bunyi kipas okay..hahaha! ;D

terus msg kak diana semula, bagitau dia...
dia reply "wat suspen jekk azie ni..haha"


p/s : akak kat opis my hubby pesan jgn terlalu excited sgt, sebab masih kecik lagi katanya :)

Thursday, July 9, 2009

Hari yang malang


Jam menunjukkan 5.10 petang..cepat-cepat kemas...
Zass! terus menuju ke punch card..

Sampai jek kat parking...owh! kereta saya kena block dengan myvi putih..camna nak kuar ni?? cuba tinjau dalam kereta itu, tak nampak pulak handbrek dia naik ke turun...cuma nampak beg shopping nichii..ini mesti pompuan ni...

Nasib baik kat parking terjumpa Kak Sha, Kak Bunga & Kak Yatie..so kitaorang berpakat nak tolak kereta myvi itu ramai-ramai...

Biasanya kalau orang memblock kereta orang lain, tuan dia takkan tarik handbrek & orang yang kena block itu boleh lah tolak kereta yang memblock itu ke depan...

Tolak punya tolak, tak gerak-gerak jugakkk..
Oh! tuan dia tarik handbrek okay!!!
sabo..sabo..

Try call ummi, minta pertolongan umi & bfnya...nasib baik ummi tak balik lagi...bf ummi ambik no.plate myvi itu & minta tolong kawan dia carikan dalam data sampailah terjumpa tuan empunya kereta itu, cukuplah saya cakap, tuan empunyanya, pegawai di Bahagian Cukai. Pihak keselamatan call pegawai itu, minta alihkan kereta segera..

5, 10, 15 minit tak turun-turun lagi..
Heh! lembab betol...takdek hati perut ke orang ini???
After 15 minit barulah dia datang dengan muka selamba jekk...

Pegawai itu : Dah lama ke tunggu??
Ummi : Tak lama, baru sejam...(ayat menyindir)
Saya : Sabo..sabo (dalam hati)

Terus dia masuk kereta dia, start enjin & terus pergi...tanpa rasa bersalah langsung... tanpa mintak maaf!!
saya, ummi & bf ummi terpinga-pinga....

Sudahlah ko block kereta orang, handbrek tarik...turun lambat..alih-alih langsung tak mintak maaf.. manusia jenis apakah ini????

6.20 petang barulah saya bergerak pulang ke rumah...


benda yang tergantung kat kereta dia..right sgt lah ko nii???