Tuesday, October 27, 2009

Open house & baby dak wani

Memandangkan saya ni malas update sekarang nih, saya update secara pukal lah yek?? hehe
Dak ein dah bising-bising kat saya, sebab dulu saya yang beria ajak dia join blog..tapi sekarang saya malas update katanya..hehe
Bukan malas, tapi hormon sejak peknen ni menjadi-jadi kekdahnya...
So, I tak bersalah :)

Masa syawal hari tu kan banyak giler open house...sampai terkejar-kejar nak pergi dari satu umah ke satu umah..

Thanks kepada Kak Mah & family..roti jalamu sedap sekali!
Disebabkan terkejar-terkejar nak pergi open house lah, sampai saya telah menumpahkan darah hidung di umah Kak Mah.. im, sorry..haha :D

Thanks jugak kat Maznida, Pejo & Aiman buat open house...rojak buahmu sedap sekali!!perghhh meleleh air liur dah ni :)
Sorry tak dapat join program Maz & Jumie kat air terjun tuh...
Org peknen kekdahnya, mana boleh panjat tinggi-tinggi..hehe
Tapi jeles okay..tengok gambar-gambar ampa semua berseronokkan di air terjun tuh...
Tak pe, tahun depan saya join!!

Oh. ya...terlupa nak cerita pasal kat umah dak cik ain..budak ni sampai merajuk okay tak cerita pasal makan-makan kat umah dia...sorry ek dakcik :)

Thanks jgk kat dak cik ain yg menghidangkan kami mee kari..sampai makan 2 mangkuk okay... sedap & dengan pedasnya secukup rasa..dak cik ain pun buat makan-makan sempena wani dah nak balik kampung jugak..

Tak lupa jugak kat dak wani, yang tengah sarat peknen 8 bulan lebih, buat makan-makan untuk powerpuff kesayangan dia nih...haha :D



Disebabkan wani dah nak balik KB & bersalin kat sana, saya pun buat lah makan-makan untuk diorang ni jugak...

Yelah jumpa tak jumpa pun bulan 1 tahun depan oiii...lama giler minah tu cuti..bila entah dapat tengok anak dia..

1st time buat nasik ayam..nasik nya lembik sikit...sodih makcik!

1st time jugak buat puding tauhu, sampai menjadi kegilaan dak ein sekarang ni :P

Saat paling sedih time nak berpisah dengan wani...

Ala..bukan nak pergi mana pun...cuma nak balik & bersalin kat kampung je..hehe

Tapi kan tahun depan baru jumpa dia & anaknya..so macam sedih gilerlah :(

Yang tak tahan time ain genggam tangan wani sambil meleleh-leleh air mata..

Sampai my hubby sound "oi, ni bukan nak berpisah poli oii...!" hahaha :D

Berita terbaru!

Dak wani telah selamatkan melahirkan baby girl yang comeii macam dia, pada 26/10/2009 jam 1.30 pagi kot..Dilahirkan secara operate dengan berat 3.9 kg!!! haha..tengoklah mak dia :)

Anaknya bernama Damia Qaisara atau nama glemernya Qaseh

Monday, October 5, 2009

Rayaku

Raya kali ni, sudah tentulah tak menjadi masalah bagi kami berdua..
Kedua-duanya tetap balik Tganu, umah pulak dekat-dekat dalam 5 minit jek..hiks ;)
Main lari-lari jelah kami berdua, sekejap muncul umah sini, kejap muncul umah sana..
Cuma berebut nak tido umah masing-masing jelah..
So, kami bahagi secara adil, 2 malam umah saya.. 2 malam umah my hubby, sampailah ada terlebih 1 hari yang saya dah 'cop' awal-awal tido umah saya, dicuri jugak oleh my hubby untuk tido di umahnya..tak aci wooo!! :D

Yelah umah saya bukannya ramai adik beradik pun, nak dibandingkan dengan dengan adik beradik dia seramai 11 orang, tetap riuh-rendah walaupun di ambik sorang ke umah saya kan, kalau family saya pulak..kalau saya takdek, tinggal lah 2 adik beradik saya terkontang-kanting, sunyi sepi rumah..sob..sob..sob ;(
Nak jadi isteri mithali kekdahnya, kena lah ikot cakap suami..hihi

Cerita pasal baju raya pulak, dah tempah kat tylor sebelum peknen lagi..
Siap buat baju kurung moden 2 pasang..ambik ko time raya, dahlah peknen 4 bulan, dah macam balut nangka dah rupanya..hehe :D
Asalnya mahu beli baju yang dah siap lagi sepasang, mahu cari kaler putih, nak sendondon dengan my hubby..
Dengar cerita kat Tganu murah-murah & cantik-cantik baju yang dah siap, so baju yang melambak kat KL ni, padang sebelah mata jelah...hiks

2 hari sebelum raya, pergi cari baju yang dah siap seperti yang dikehendaki..ada tu ada kaler putih, tapi saiz nya tak dek...nangis ;(

1 hari sebelum raya, tak puas hati..pergi cari cari baju yang dikehendaki...langsung takdek kaler putih..nangis lagi ;(

So baju kurung moden macam balut nangka tulah jadi baju raya hari tu, satu kaler koko, satu lagi kaler purple..
Langsung takdek kaler putih...
Uwaaa..tak sendodon langsung!!
So gambar beraya kami bersama tak dek lah ek, tak dek semangat nak tangkap gambar sebab baju tak sendondon..hehe ;)

minah baju koko sedang ambik nasi dagang di umah tok suaminya..


mamat ni, sampin dah campak ke mana ntah...


asyik melantak dari pagi sampai ke petang...baru pas makan nasi minyak.. setengah jam lepas tu makan lagi ...

Program di hari raya pulak...wah, dah macam rancangan mawi & ekin di hari raya dah..hehe

Raya pertama, mak saya buat nasi minyak..raya kali ni, ramai betol yang buat nasi minyak...

Raya kedua, tak buat apa-apa..pergi berjalan di umah sedara-mara di Losong...malang betol kak ina (kawan opis) datang time nih...makan kuih raya jelah jawabnya..hehe

Raya ketiga, buat soto ayam..ramai giler tetamu yang datang, mengalahkan hari raya pertama.. sampai soto pun tinggal nyawa-nyawa ikan..hehe..yang letihnya nak mencarik-carik isi ayam tuh...itu keje sayalah setiap tahun..aiyak!

Raya ke berapa ntah, buat nasi ayam, 1st time belajar buat nasi ayam dengan mak saya & Kak Pija..nak try buat sendiri nanti..nak panggil geng powerpuff datang makan..Tapi asyik membusy jek setiap minggu, di tambah dengan perasaan risau jadi ke tidak nasi ayam nanti???? bak kata Kak Pija susah-susah sangat masak nasi, goreng ayam jekk...hehe :D

Ok, itu jelah nak cerita3 hari lepas saya dapat tahu yang pak sedara saya masuk ICU & bergantung kepada mesin sokongan hayat..tak tahulah bila dapat balik nak melawat ayoh ngoh..
Kak ngah doakan semoga ayoh ngoh sembuh seperti sediakala & pulih sepenuhnya..amin..

Thursday, October 1, 2009

Korang rasa tak??

Putrajaya

PUTRAJAYA 30 Sept. – Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14 di sini hari ini.
Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.
Norma berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.
“Nak minta tolong jiran pun, ramai yang dah keluar rumah akibat gegaran itu.
“Saya dapat telefon suami yang sedang bekerja, memberitahu yang saya terperangkap dan suami terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.
Suami mangsa, Mohd. Firdaus Abdul Mutalib, 26, pekerja swasta yang baru sahaja tiba dari Petaling Jaya berkata, beliau bergegas dari tempat kerjanya apabila dimaklumkan isteri mengenai kejadian itu.
“Jalan sesak sebab itu saya lewat sampai. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat,” katanya sambil menarik nafas lega.
Seorang pekerja swasta, Abdul Mutalib Mohd. Napawi, 34, memberitahu, mereka dibenarkan naik semula ke rumah pukul 7.45 malam selepas pemeriksaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Beliau yang tinggal di tingkat tujuh memberitahu, gegaran itu merupakan kali kedua dirasainya selepas yang pertama berlaku sehari sebelum berpuasa.
“Keadaan agak cemas juga tadi berikutan gegaran yang dirasai agak kuat,” katanya.


Diambil dari Utusan


Berbalik pada petikan akhbar di atas, gegaran telah dirasai di kawasan perumahan saya di presint 14..
Tapi yang musykilnya saya yang duduk kat tingkat 11 ni, tak rasa apa-apa pun...entahlah kenapa..

Pada waktu tu, hp saya tengah cas dalam bilik...
Saya pulak tengah kusyuk duk makan mangga cicah dengan kicap kat depan tv sambil goyang-goyang kaki..hehe
My hubby pulak tak balik dari kerja lagi..
Biasanya, 6.30 petang, dia akan muncul kat pintu..
Tapi semalam sampai 6.50 petang pun tak sampai-sampai lagi...heh mana pulak pergi dia ni???

Entah macamana tergerak hati nak pergi check hp yang tengah cas kat dalam bilik tu...
Banyak giler miskol...macamana boleh tak dengar ni??? nak dengar camana ko, tv pasang kuat giler sound dia..ada lah msg masuk dari my hubby tanya "kat mana ni??"
Kepelikkan di situ...kenapa pulak ni??? Call semula my hubby

my hubby : Ada kat mana??? semua orang berkumpul kat bawah ni??? tak rasa ke gegaran tadi??
saya : Gegaran apa pulak?? tak rasa apa pun..
my hubby : Pelik betol dia ni...

Lepas je habis cakap tepon, terus jengah ke tingkap..
Mak oii! ramai giler ko, orang ramai kat bawah tengah berkumpul..
Siap alih-alihkan kereta letak jauh dari bangunan..
Camanalah saya boleh tersesat sorang-sorang kat atas ni??? tak dapat den nak jawab!

Tak lama lepas tu, barulah semua naik ke umah masing-masing semula, selepas bomba dah pastikan semua ok kot...
p/s: kenikmatan makan mangga mengatasi segalanya..hehe