Wednesday, October 27, 2010

Ulek Mayang



Sekarang kan tengah popular cerita ni kat TV9..
I pon tak lepas tengok cerita ni...

Dulu masa form 2, i pernah jugak buat persembahan Ulek Mayang nih..
Sempena Hari Guru...
Setiap petang i dengan kengkawan akan turun berlatih tarian ni kat umah cikgu-cikgu bujang pempuan..

Cikgu-cikgu pun dah jadi macam kawan time tu..seronok!
Kebetulan cikgu i ada kaset lagu ni...

Seram jugak mula-mula dengar lagu ni...sebab part mula-mula ada bunyi angin, ombak, ribut, taufan..pastu masuk part dia mengulit dengan slow...sampai ke rancak...& last sekali part slow semula...

Sampailah time pemilihan..
Ada yang jadi raja..
Ada yang jadi penduduk kampung ...
Ada yang jadi pawang...
Puteri 1 sampai 7 pun dipilih...
I jadi puteri ke-7
I seronok giler time tu, sebab puteri ke-7 kan paling sakti...hehe

So jalan cerita persembahan i tu macam ni....

Gadis-gadis kampung tengah menampi beras tepi pantai sambil menari-nari.. (time ni lagu lain)
Tuan raja tengok dari jauh..
Sambil kawan-kawan dia duk kacau gadis-gadis tu tengah menari-nari..

Then tuan raja ajak-kawan-kawan dia main takraw tepi pantai...
Pastu barulah berbunyi part angin, ombak, ribut, taufan tu....
Time tu semua jadi kelam kabut...berlari-lari..raja pun terjatuh pengsan...
Pawang pun datang berubatkan dengan memuja-memuja tujuh puteri turun...

Turunlah sorang demi sorang puteri..
Mengulit sekeliling pawang dengan raja yang terbaring tu...
Diikuti dengan lagu...

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning..
I pon tak paham kenapa lagu tu juz sebut nombor puteri yang genap jekk..
So kenalah naik pentas dua orang puteri sekaligus..hehe
Tapi puteri ke-7 ada pulak....

Sampailah part i puteri ke-7... i pun mengulit dengan asyiknya..
Part i paling lama...sampai ke hujung lagu...
Tengah-tengah syok mengulit
Pang!!

Tingkap dewan pecah...

I teros pandang cikgu... sebab teringat cikgu i kata lagu ni boleh membawa histeria...
Cikgu i kata teruskan...jangan berhenti...
So i sambung lah sampai part akhir..
I tinggalkan selendang kat bahu raja...raja bangun tersedar & cium selendang...


-end-

Alhamdulilah nasib baik takdek pape kan...
Tapi banyak jugak i dengar cerita orang buat persembahan lagu ni sampai histeria..
Ada org kata lagu ni tak boleh dengar sangat...
Ada orang kata lagu ni tak boleh nyanyi kat Pantai Batu Burok...
Tak tahulah betul ke tak...Wallahualam

Tuesday, October 26, 2010

Hafiy dah merangkak???

"iyerr...hafiy dah merangkak"

"tak...belom lagi..."

"yerr....semalam elok jek dia merangkak"

"dia angkat-angkat punggung jek kot....itu biasalah"

"tak....dia merangkak...dia pergi situ, dia pergi sini dengan alia...alia pun dah merangkak semalam"

"kat umah dia tak merangkak pun malam tadi"

Haha :D

Itulah antara dialog-dialog i dengan cikgu hafiy, tengah berdebat pasal hafiy dah merangkak..
Rupa-rupanya hafiy dah start merangkak semalam kat nursery...
Tapi kat umah dia tak tunjuk pun malam tadi...
Saja lah tu, tak nak tunjuk kat papa dengan mama dia...hehe

Ini kes kat umah manja lebih itu budak..
Asyik nak duduk "setepek" (orang tganu kata) atau orang luar kata asyik nak berkepit..hehe
Kalau kat umah, i duduk bersila, dia akan main atas riba i jek.. tak pergi jauh..
Kalau mengesot pun, juz ambik mainan, pastu dah bosan, pusing balik pergi kat i...
I bangun kejap jekk, terus nanges...
Aiyoooo budak ini manja lebih woooo...

Sampai sekarang i belom tengok lagi dia merangkak...
Hope dapat tengok malam ni...hehe eksited!!


masa 5 bulan baru pandai mengesot, tetapi mengundur ke belakang...boleh??



mengundur punya mengundur, lekat bawah kabinet tv, pastu nanges!


dah biasa lekat bawah kabinet tv, dah tak nanges dah...

Friday, October 22, 2010

Tganu mari.....

Mari..Mari...





keropok lekor ada....






karipap ikang ada....





rempah gulai cap bunga ros ada...






hehe..sebenarnya barang-barang ni diorder oleh kawan-kawan opis i..
family i datang dari Tganu, baru sampai pagi tadi..
so, terus gigih bawak barang-barang tu pergi opis...yelah kata nak half day today..ops!


Kebetulan pulak besday mak i 17 oktober baru-baru ni...
so along bagi cadangan buat "suprise besday" kat umah i nanti..


Ingatkan nak beli cup cake yang macam dakcik buat, letak gambar mak i kat atas cup cake tu...
tapi dah lewat sangat...cuma tinggal 2,3 hari jek..tak sempat lah..
so beli kek biasa kot nanti..



jam untuk mak i yang dikongsi 3 beradik



setelah dibungkus kemas...siap reben u!

Thursday, October 21, 2010

Pagi yang Kelam Kelibut

Pagi tadi,
unit i kat opis ada buat pot luck
so ada yg bawak nasi lemak, popia, puding koktel,buah & macam-macam
i plak bawak 'karipap ikang'...kebetulan ada 'karipap ikang' yang mak i bawak dari Tganu baru-baru ni...
so juz goreng jek...senang..

So berkira-kira nak bangun pukul 6 pagi...
ntah macamana terlewat bangun, 6.15 pagi baru bangun..heh!
my hubby pon kelam-kabut bersiap nak pergi kerja..biasa pukul 6 dia dah bangun...hehe

Baru jek nak goreng 'karipap ikang', hafiy menangis pulak dah..
bagi susu tak nak pulak..
siap duk main-main atas katil..
awal betol dia bangun harini, biasa 7.30 baru dia bangun..
so letak dalam stroller bawak dia pegi dapur sambil dia duk tengok mama dia..
sambil tu i potpetpotpet kat dia "hafiy duduk diam-diam...mama dah lambat nak goreng karipap"
dia pon tengok i dengan mata kelip-kelip baru bangun tido...hehe

Masa tengah goreng karipap plak, entah macamana minyak terpecik bagai
siap kena tangan dengan muka i....aiyoooo...
tengok kat muka takdek apa-apa..tapi kat tangan i dah pedih-pedih...siap ada kesan merah..

Masa i nak mandi pulak
letak hafiy atas katil dia..biar dia main dengan mainan dia
so i cepat-cepat pergi mandi
dengar dia menanges pulak dah...
bukan boleh mama dia hilang depan mata...
siap menanges meneran-neran bagai...
kelam-kabut lah i mandi...hehe

So bersiap-siap, packing karipap dalam dua bekas...
satu untuk pot luck kat opis
satu lagi untuk cikgu-cikgu hafiy :)


p/s : sebenarnya nak cerita apa ni?? entahlahhh...janji update....hehe ;P

Wednesday, October 20, 2010

Semangat Baru!

Sekarang i dah bersemangat sikit nak update belog..

knp ek??cuba teka..hehe

dah rajin??

idea dah banyak???

background baru yang dakcik buat..??

salah..bukan..bukan..

sebabnya FB dah kena block...hehe padan muka :D

Okay nak cerita ni, i baru langgan streamyx

"berokbeng" lembap kekdahyerr...

so hubby i ambik pakej student..dia kan student part time..hehe

bulan-bulan cuma RM38 & free satu notebook...sangat berbaloi! (walaupun tak besar macam laptop)

laju pun laju okay....

so sekarang tak berebutlah lah lagi dengan my hubby :)

tapi

*

*

*

*

*

budak kecik ni pulak yang selalu berebut dengan i...


Hafiy pun nak jugak lah mama.....



tengok tu...



dia geram jekk....heh kena beli laptop mainan satu ni...hehe

Thursday, October 7, 2010

Miss my blog!

Hehe
ntah apa-apa kan?
tetiba rindu kat belog..
rindu nak taip macam dolu-dolu..
tapi nak cerita pasal apa ek?
cerita pasal anak lah kot..

Hafiy sekarang dah 7 bulan lebih
dah start angkat-angkat punggung
tapi tak merangkak pun lagi..


dah duduk dalam walker, tapi sekejap jekk.. pastu mintak dukung..

Dah pandai lambai tangan... (tapi ikot mood)
Dah pandai panggil "mamamamamamamama"
Dah kenal orang dah..kalau hantar nursery mesti nanges sejak akhir-akhir ni..












sangat suka main bawah kabinet tv ni...
kalau dah lekat tak boleh keluar, baru dia nanges








Masih menjelir lidah..itu trademark dia..haha :D
Suka senyum..bangun-bangun tido, ehek-ehek sekejap pastu senyum..ini mesti ikot mama..Opps!
Tak boleh nampak orang makan..pastu mulalah buat aksi kunyah mulut dia..















sangat suka berjalan...asal bukak pintu nak keluar rumah dia dah sengeh-sengeh sambil goyang-goyang kaki..lagi satu kalau dah berjalan,

tak minum susu pun takpe..elok jek senyap.. kalau duk umah tak pegi mana-mana merengek jelah jawabnya...

p/s : tak sabar nak tengok hafiy merangkak, tapi sampai sekarang tak merangkak pun lagi...mama dia kan main excited..budak depan umah, anak dia 5 bulan lebih dah merangkak...hafiy 5 bulan baru meniarap...hehe