Wednesday, April 6, 2011

Cuti-cuti Sarawak, Day 3

Ok, ini last part for cuti-cuti Sarawak..
Lama kan i nak update pasal Sarawak ni..
Maklumlah, busy & kemalasan yang melanda..
Pastu nak refresh balik..arghhhh!!

Mak i kat kampung silent reader blog i ni..
Siap tanya kat i "bila nak sambung ceritanya??"
Hahaha :D over!!
Ni nak ceritalah ni, ma weii...

Esoknya..
Weols berjalan ke Bintangor & Sarikei..
Sebelum tu weols singgah jeti ni jap..
Ayah i nak mengimbas kenangan lalu..cewah!!
Ayah i kata ini tempat dia tembak-tembak dengan komunis..
Nama tempat tu, Paradom..


Belakang tu, panggung wayang lama Paradom

So i pun tak ketinggalan berposing..
Tapi, budak baju hitam tu suka betol menyelit sebelah i..
Hehehe :)
Itu sepupu i lah, Haikal..
Mana orang tangkap gambar, mesti dia muncul tetiba..



Tengok tu, siap lentok bagai..

Sampai Bintangor..
Weols makan-makan dulu..

Hafiy pakai baju takdek lengan yang baru beli..
Kan i ada cerita sebelum ni..
Baju yang i bawak untuk Hafiy semua berkolar, bising jek mak i..
So, belilah baju untuk dia tak panas & peluh

Kat bawah ni pulak Pasar Bintangor..
Kat sini semua segar-segar..
Udang pun melompat-lompat lagi..
Mak i ushar harga udang kat sini..
Nak bawak balik katanya..




Teruskan perjalanan ke Sarikei..

Umah panjang yang dah moden..
Dah tak panjang, dah dikerat-kerat..


Bot ekspres di Sungai Rejang


Ini pulak Pasar Sungai Rejang..
I tak masuk pun..
Mak i beli udang, ikan pekasam
Sampai berkotak..

Abang i yang ambik gambar ni, buah apa ek?? uols tahu tak?

Yang ni, mak i kata buah asam paya





Kitorang duduk kat luar jek..
Lama jugak tunggu..
Hafiy dah "masam cetung"..

Pastu gerak pergi jumpa kawan lama abah i yang ada kat Sarikei tu..
Pastu baru gerak balik ke Sibu, semula..
Sambung-sambung shoping kraftangan..
Untie i, siap beli pedang Sarawak bagai..

Bertolak balik kl pukul 9.oo malam..

Airport Sibu

Sampai LCCT

Masa baru fly elok jek budak tecik tu tido..
I pun ikot tido sekali..
Lagi 10 minit nak landing..
Boleh pulak dia bangun..
Pastu menangis tak henti-henti..
I dengan abah i duk gilir-gilir pujuk..
Tak berhenti jugak..
Sampai ke landing lah dia nanges ;s
Abes orang tengok..hish!

Hope dapat pergi lagi lepas ni, pastu travel ke Kuching, Sariken, Bau...Wah!!

10 comments:

dakcik said...

wah! beh! nti nk ikot tau..hahaha

MiSz eiN said...

fuyoo..
beg coach dia cantik lah!
ehehehe
(saje je nak mention!)
:D

-Sara- said...

ehh, ade lg sambungan cite srwk nii..hehe

oloh,bakpe masang cetung g hafiy tu? pakai bju seksi doh kn..xpanas doh..hehe :P

~emmie~ said...

buah yang ijau tuh nama dia orang sarawak panggil "engkalak".. kalo masak dia kaler pink.. makan ngan nasik.. ;)

axie said...

dakcik : boleh2..simpan duit k..

axie said...

ein : cam beg coach u jugak!! haha :D

axie said...

sara : lama sangat tunggu kot.. tu yang masang cetung

axie said...

emmie : ooo..engkalak..ok

waniepaez said...

wahh, mmg menimbau kenangan nie:)
byk pic y u amik:)
bile i nk naik belon lagik nk ke sabah srawak nie:P

axie said...

bukan i yang ambik..
camera abg i..i posing jek :P