Wednesday, August 10, 2011

Kes Pertama PARAM

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai
dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan
cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa
yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di
Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut
mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan,
dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13;
Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta
pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit
taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata
jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi
dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini
dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya
berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini
meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan
lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya
mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga
dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat
untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya
ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah
meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau
menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa
untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas
Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga
yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata
beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga
bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan
makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Credit to Utusan Malaysia

-------------------------------------------------------------------

Al-fatihah untuk arwah adik Nurdini

Peniaga PARAM sila jaga kebersihan kedai anda...
Jangan nak pikir untung semata-mata, orang lain plak menjadi mangsa..
Apapun ajal maut ketentuan oleh NYA.

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ya allah sedih nyer...

Ezzah said...

ermm..kesiannyaaaa :(
sedih laaaaa..... :(

-Sara- said...

sedih sgt.. nak kata cmne..ajal maut di tangan tuhan

alfatihah utk arwah..

dakcik said...

kesiannya..
al-fatihah utk nurdini..

cm takut lak nk beli kueh kat PARAM..hope diorg seme jual yg bersih2 jek..;)

axie said...

mrs eady, ezzah, sara & dakcik..

cian kan? al-fatihah tuk arwah