Tuesday, August 16, 2011

Menu Ramadhan ke-15

Harini tak dek gambar menu ek.hehe
Semalam papa hafiy beli ayam percik..
I buat singgang & sambal telor..
Dah pernah ada pic sebelum ni, so tak perlulah i letak lagi kot :)

Pagi tadi i kelam-kabut pergi keje..
Lepas sahur i tido balik, lepas tu mulalah liat nak bangun..
Sampai-sampai kat basement opis terus parking..
Terus jalan ke lif..
Sementara tunggu lif, tertengok kat kasut..
Apasal kasut sebelah silver, sebelah hitam ni??? haha :D
Terus berlari pegi kat kereta..
Pakai kasut elok-elok..
So, hasilnya punch card i merah :p

Eh, sebelum ni pun merah jugak punch card..
Sejak bulan puasa ni kan i masuk 7.30 pagi..
Tapi i tak reti budget masa lah..
Punch card i mesti terlebih 1,2 minit..
Susah betol nak kejar 7.30 pagi nih..

Tapi yang bagusnya, masuk 7.30 pagi ni..
Budak tecik tu masih tido..
Sampai taska terus letak atas tilam..
Takdek dia nanges ke, buat perangai ke..

Oh, esok belog ni tak berupdate okey..
Esok i cuti..
Mahu pergi Sogo & Jalan TAR..
Cari baju melayu papa hafiy & hafiy..
Sampai sekarang tak jumpa-jumpa..
Tema pulak kuning..
Payah betol nak cari..
Eh, takdek kena-mengena dengan BERSIH tau!
I plan tema nih sebelum ada BERSIH lagi..
Harap maklum. Eceh ;)

10 comments:

~~zaa~~ said...

ingatkan azie member bersih! hahahaha

-Sara- said...

wah shopping! best2! ;D

hop azie jumpe la bju melayu kaler kuning dorg tu ekk..

siti said...

pegi esok mesti jem xhengat esok...awal pg kna gerak ;)

ZaNa aDieyZa said...

cuti utk shopping!! best!!

zana mmg dr dulu masuk keje 7.30.. tp xde anak lagi ni mmg la punch card ok jer, xtau la kalau ada rezeki ada anak nnti punch card masih boleh maintain ke x.. hihihi

dakcik said...

pergh g jalan tar xajak !

axie said...

zaa : tak...tak :)

axie said...

sara : tulah hope adalah kan..payah betul

axie said...

siti : pegi naik tren kot

axie said...

zana : azie mmg susah giler nak kejar 7.30..bangun awal pun, mesti ada benda yg membuatkan lambat jgk..hehe

axie said...

dakcik: pergh u kan dah pg