Monday, December 12, 2011

Puisi Zahiril Adzim untuk isterinya

Uols sweet giler Zahiril Adzim nih..
Time majlis kawen diorang, Zahiril tetiba bangun & kuarkan kertas kat celah kot yang dia pakai..
Kat kot tu jugak terselit microphone kecik..
Agaknya time tu mesti Shera pelik kenapa tetiba  suami dia bangun..hehe


Puisi Zahiril untuk isterinya,


"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 



sweet kan? hehehe

I rajin jugak bukak Zahiril Adzim ni..
Banyak kata-kata nasihat & puitis kat blog dia..

5 comments:

♥z@z@♥ said...

so sweet smpai I plak yg menangis..huhu

The Lady Chosen said...

hmmm sgt menarik...baca pon rasa terharu XD

dakcik said...

romantiknyeee..;)

Zana Adieyza said...

romantik & sweet!

waniepaez said...

wahh, bertuahnya badan:)

sgt tersentuh kata2 dia:)