Monday, February 28, 2011

Hello Monday!

Wah! tetiba seronok giler, walaupun hari Monday kan...
Sebenarnya i malas nak bangun pagi tadi..
Malas nak pergi keje..
Bos pulak takdek sebulan...perggh ;)

Hari sabtu baru-baru ni i buat besday untuk my boy..
Tema merah hitam..
Gambar i upload kemudian okey..
Baru upload dalam FB sampai 200 keping!
Gila kentang betol! haha :D

Masih belum ada mood untuk update sebenarnya..
Penat
Penat
Penat
Penat
Tapi, seronok!!!!!!!!

Ten Q kepada semua datang...
Ten Q kepada yang bagi hadiah & ang pow kat hafiy...
Ten Q kepada dakcik (mama mentua) buat special deco untuk hafiy...
Ten Q untuk dak ein buat puding sagu yang sangat besh!!
Ten Q menjadikan besday hafiy sangat hapenning!!
Ten Q semua!!!!
Mmmmuaksss (hafiy kiss untuk uolls)

Friday, February 25, 2011

My Izzul Hafiy is 1 year old today :)


Hari ni, genap umur Hafiy setahun :)
Selamat hari lahir sayang...
Semoga jadi anak yang soleh & berjaya di dunia dan akhirat..Insyallah ;)
Sekejap jek masa berlalu...
Sekejap jek Hafiy dah setahun..


Sekarang dah macam-macam dia pandai..
  • suka joget..pantang dengar lagu, dia akan hingguk-hingguk kepala dengan badan..

  • kalau dengan kite berzikir, dia akan gerakkan badan ke depan & ke belakang...

  • dah pandai turun katil sendiri..

  • selalu nangis kalau hantar pergi taska...

  • suka makan...pantang tengok orang makan, semua nak...tak bagi dia menjerit...

  • kalau dengar apa-apa benda terkejut atau bising dia akan nganga mulut sambil kata "ha...ha..ha."

  • kalau nampak kereta dia akan sebut "tete...tete"

  • tak boleh tinggal dia sorang-sorang, mesti mama @ papa kena ada depan mata.. sambil main mainan sambil tengok-tengok mama papa dia...kalau hilang..terus campak mainan, pastu nanges!

  • masih belum berjalan tanpa bantuan...

  • kalau mama @ papa dia mandi, dia sibuk ketuk bilik air suh bukak...

Jom tengok pic-pic kat bawah ni, ketika mama dia sibuk packing goodies untuk dibagi kawan-kawan dia kat taska


hafiy nak tolong mama ni...



banyaknya nak kena packing...



hafiy makan dululah okey...



yeay dah siap...

Nakal okey budak kecik ni, mama dia sibuk packing, di sibuk sepahkan...heh!


1st hadiah besday hafiy...TQ Tok Aboh :)


"cepatlah mama pasang"



tengah tengok papa dia pasang..



testing...testing....



cepat jalan ek sayang...

Tuesday, February 22, 2011

Rumah bertingkat-tingkat memang macam ni ke??

Haa..uolls..i nak tanya sikit ni..
Terutamanya hok duduk umah tingkat-tingkat atau lebih dikenali dengan umah flat..hehe
Macam i kan duduk umah tingkat 11..kat atas umah i ada satu tingkat lagik..

Umah atas i ni selalulah bising..
Bunyi kerusi srettt..srettt..srett! (korang bayangkan jelah)
Pastu asyik-asyik barang jatuh..tum..tam..tum..tam! (korang cuba bayangkan lagi..hiks ;))
Yang paling tak tahan bunyi walker baby..
I tak tahu umah atas tu ada baby ke tak..

Tapi i peliklah..
Setiap hari wajib bunyi...
Tapi bunyi kerusi tu lah paling banyak sekali..
Berpuluh-puluh kali ada sehari...
Argghhhh!!!
Kekadang i tension i menjerit "oi! diam sikitlahh!!!!"
Hahahaha :D
Tapi mana dia dengar kan..
U olls ada ke problem macam i ni???
Ini disebabkan manusia atau bukan manusia?? ops!!
Ce uolls tolong huraikan...hehe :)

Monday, February 14, 2011

Alhamdulilah..rezeki Hafiy ;)

I saja cuba-cuba masuk Peraduan Bayi Bulan Ini kat www.majalahpama.com.my
I masuk kan pic bawah ni..
I suka sangat pic ni


pic ni jugak i letak kat belog...pic ni jugak i letak kat desktop background opis :)


So, i godek-godek dengan kak sha (kawan opis i) untuk zoom tang muka & kecikkan sikit..
Pastu terus hantar..
Penyertaan ramai giler okay!
Baby pulak semua comei-comei..
I ingatkan memang takdek harapan dah..
Siap i mimpi-mimpi hafiy menang..boleh??
Menantu i si sofea tu pun masuk...hehe :)

Jumaat baru-baru ni result keluar..
Terkejut i wok...
Muka hafiy terpampang kat situ...hehe
Walaupun saguhati kedua..
Tapi i suka sangat!!!!! (mama dia over sokmo)

TQ kepada semua yang mengundi Hafiy & tak berhenti klik-klik-klik kat Hafiy ;)

Friday, February 11, 2011

Pengalaman Bersalinku Part 2

Sambongan dari part 1..

Malam tu i tido kat hospital..
Nurse datang kat katil i banyak kali jugak untuk check bunyi jantung baby & tekanan darah..
Esok pagi check jalan, masih 2 cm..
Nurse kata. "awak boleh balik dulu ni...tapi sebelum balik awak kena jumpe doktor untuk scan baby dulu"
So i kol my hubby bagitau i boleh balik dulu..tapi kena jupe doktor dulu..
So my hubby pun siap-siap nak datang ambik i..
Dalam pukul 11 i di bawa ke bilik scan...

Kat dalam bilik scan..

Doc : air ketuban awak ni macam kurang sikit..

i : errk??

Doc : maybe keluar time awak tak sedar atau time awak buang air kecil.. so macamana?? awak nak balik ke? kalau awak balik, saya takot makin lama makin kurang air ketuban awak ni..
macam nilah.. saya paksa awak bersalin..kalau ikotkan kena tunggu 10 hari, tapi saya takot air ketuban awak makin kurang..saya paksa bersalin ek??

i : (termenung) sebenarnya i dah terkejut, sebab orang kata kalau kena paksa bersalin, lagi sakit..

Doc : takpe, nanti awak balik, awak balik dengan baby teros..tak payah datang banyak-banyak kali dah.. (doc cuba memujuk)

i : i pun mengangguk slow-slow, ada betolnya apa doc tu cakap, tak payah i datang banyak-banyak kali dah..

Doc : pukul 3 nanti kita masukkan ubat..

I keluar dari bilik scan terserempak dengan my hubby..
I pun cerita lah i kena paksa bersalin..air mata i dah bergenang dah..
Pastu i cepat-cepat pergi kat katil i..
Sebenarnya i tak nak menangis depan hubby i, i malu...hehe
Kat atas katil, i menangis giler-giler..
Nurse yang check tekanan darah i pun senyap tak terkata apa..
Hehe..mengadakan?? sebenarnya i takot..

Kak pija plak kol..
Cakap-cakap dengan kak pija, dia perasan kot suara i lain..
Tak lama tu, my hubby pulak kol...pujuk-pujuk i..
Ini mesti kak pija yang bagitau my hubby..hrmm
Pukul 3 tepat i dimasukkan ubat..

Masa melawat petang tu, ramai yang datang..tapi kena ikot giliran..siap ada pas pelawat..
Hanya 2 orang boleh jupe i..pastu gilir-gilir...sebab i duduk kelas 2
Time tu, i tak menunjukkan tanda-tanda sakit lagi..
Kat depan katil i pun ada 2 orang masuk ubat cam i pukul 3 petang tadi..
Sorang dah 4 kali masuk ubat..rasa sakit..tapi jalan tak bukak-bukak
Sorang lagi masuk ubat kali ke 2..jalan tak bergerak 2 cm jek..

Pukul 10 malam i dah start rasa lenguh-lenguh pinggang...
My hubby memang standby kat hospital siap-siap..
Dia duk tunggu kat lobby hospital..
I asyik berjalan jek..pergi katil orang itu, pergi katil orang ini..borak-borak
Pukul 12 ramai dah masuk tido...
I pun try tido..sambil mesej dengan kengkawan..
Lama-lama i terlelap..

Pukul 1.30 i rasa sakit giler..
I tengok kawan i yang masuk ubat sama dengan i petang tadi, sorang elok jek tido..sorang lagi duk menahan sakit..
I pergi toilet..terserempak dengan nurse..
Nurse kata kalau tak tahan panggil dia..
Biar dia check jalan...
I kata i boleh tahan lagi..

Pastu i balik kat katil..
I duduk atas katil sambil berjuntai kaki..
Tetiba bunyi tup!
I dah syak mesti air ketuban i pecah..
I terus pergi toilet..
Yup! air ketuban i dah pecah..

Masa itu jam menunjukkan 2.30 pagi..
I teros jumpa nurse, bagitau...
Dia check jalan dah 5cm!
Dia suh kol my hubby, ambik baju baby, tuala, pampers & minyak selusuh sebab i dah kena masuk labour room..
Sebelum tu, i dibagi ubat untuk buang air besar..

I ditolak ke labour room dengan wheelchair..
Diikuti dengan my hubby..
Tapi, my hubby tak dibenarkan masuk ke labour room lagik..
I disuruh salin baju..
Masa itu dah 3.30 pagi..
Doc datang tanya itu, tanya ini..
Check jalan lagi..
I dengar doc cakap "wow pantas"
Rupanya dah 8 cm..

Pastu i nampak my hubby datang, siap pakai baju khas..
I dah guling kiri, guling kanan..
Jadi tak tentu arah...
Makin lama makin sakit..
Suh my hubby picit pinggang i..
Alat untuk dengan bunyi jantung baby yang nurse letak kat perut entah ke mana..
Sebab i duduk tak diam..
Nurse suruh my hubby suap i dengan minyak selusuh 1 sudu sambil selawat..

Dalam pukul 4.30 pagi doc datang check jalan lagi..
Masih 8 cm...tak bergerak..doc pulak kata, kena tunggu 10 cm sebab ini 1st kelahiran..

Pukul 5.00 pagi doc datang check lagi masih 8 cm..
Tapi i dah sakit yang amat..

Pukul 5.30 pagi doc datang dengan nurse 2 orang..
Doc suh i teran..
Maybe dia kesian tengok i dah sakit sangat kot..

So bermulalah proses meneran..
Nurse sorang lagi doc tekan-tekan perut i
Doc pulak duk bagi kata semangat
"go aziera go!"
"lagik aziera lagik!"
I teran banyak kali..
Tapi tak keluar-keluar..

My hubby plak kata dah nampak kepala..
I dah keletihan
Nurse pulak duk bising "awak kena teran lagi..jangan berhenti..nanti lemas anak awak nanti..awak tak kesian ke kat anak awak ni??"
I pun teran sekuat hati..haha :D
Doc pulak tak habis duk ulang "go aziera go! go aziera go!"
Macam tengok bola pulak...haha :D
Nurse duk tuang minyak selusuh bagi senang keluar sambil baca doa Nabi Yunus..

Akhirnya bila kepala baby dah keluar, badan baby pun senang jek keluar..hehe
Tepat 6.06 pagi i bersalin..dengan berat baby 3.48kg..
Pastu berkumandang azan subuh..
I tersandar keletihan..

Baby i tak menangis pon..
Cuma mata jek dah bukak kelip-kelip..
Pastu doc masukkan wayar ikot mulut dia untuk sedut lendir..
Maybe sakit, baru lah i dengar dia nangis..
Pastu dia pancutkan kencing kat nurse..hehe :)
Lepas jek diazankan..
I susukan..lepas tu my hubby keluar dari labour room
Baby i pun di bawak keluar untuk mandi..

Proses untuk keluarkan uri pulak..
Nurse tekan-tekan tak keluar..
Nurse baca doa Nabi Yunus sambil tekan-tekan..tetap tak keluar..
Last-last nurse panggil doc untuk buat
Doc buat pun tak jadi apa-apa..
Rupanya uri i lekat!!

Doc suh i tahan sikit, sebab dia nak seluk tangan untuk tarik keluar uri i..
I rasa sakit giler..akhirnya berjaya jugak keluar uri.
Pastu i dibius untuk dijahit..
I tak rasa apa-apa pon masa jahit..
Yang i nampak nurse duk tarik turun benang jek.
:)

Thursday, February 10, 2011

Pengalaman Bersalinku Part 1

Matiklah..
Anak i dah nak masuk 1 tahun..
Sekarang baru nak citer pasal bersalin...haha :D
Takpelah just untuk kongsi-kongsi k ;)

Heh! panjang ceritanya...
Korang nak baca, bacalah..
My due date di jangka bersalin 21 Februari 2010 :)

23 Februari 2010 (Selasa) (dah lewat 2 hari)
My hubby sampai umah dalam pukul 2.30 pagi dari KL..
Tiba-tiba jek dia balik, bila tanya dia kata dah ambik cuti direct minggu tuh..
Dia kata dia rasa nak cuti dah..(maybe dia dapat rasa kot i nak bersalin dah)
Malam tu sebenarnya i tak leh tido sangat..
Perut i rasa senak jek..
Esok pukul 8.00 pagi i pergi klinik untuk checkup seperti biasa (nurse kata kena checkup jgk walaupun due dah lepas)

Nurse tanya ada rasa sakit apa-apa tak?
I cuma kata i takleh tido sangat malam tadi, sebab perut i rasa senak jek..
Dia check perut i, dia kata okay..sakit biasalah tu, dah nak dekat ni...cuma kena berjaga-jaga jelah...kalau nak paksa bersalin pun kena tunggu 10 hari dari tarikh due..
Dah keluar dari bilik checkup, kak pija (sepupu i) kol...
Dia tanya check jalan tak?? I cakap jelah check biasa jekk...
Dia kata takpe, dia kol untie i (nurse jugak keje kat situ)
I dah berdebar-debar ;X

Tetiba i dengar suara untie i duk cari i..."zira mana zira??haa...jom masuk bilik tu, kita check jalan"
Check punya check..
Rupanya dah bukak 2 cm!! tapi i tak plak sakit apa-apa lagi...
Untie i cadangkan i pergi hospital terus...
Kalau sakit senang, dah ada kat hospital...
I pun kata oklah...nanti pergi dengan hubby i..
"pergi sekarang jelah, kebetulan ambulans nak hantar ada orang sakit pergi hospital ni" untie i kata
I dah bergenang air mata...i takottttt sangat-sangat....hahaha :D
Yelah i tak penah duduk hospital...

Tak sempat nak ambik baju kat umah dah kena naik ambulans..
Hubby i balik umah ambik baju..
I kat dalam ambulans duduk je kat atas kerusi..
Sambil tengok sorang lagi pesakit kat depan i tengah baring..dengan wayar air bagai cucuk kat tangan...
Ambulans pulak bukan main laju lagik...
Tak ikot trafic light pon..

Sampai-sampai hospital..
Ambulans turunkan i dengan untie i kat lobby..
Kat luar lobby tu punyalah ramai pelawat..
Tengah tunggu masa melawat kot..
I turun dari ambulans siap lengang-lengang sambil galas handbag!
Semua pelawat duk tengok semacam jek kat i..
I rasa malu giler!
Mesti diorang kata, naik ambulans bagai..tapi turun-turun relaks jekk...hehe :)

So lepas daftar & check jalan masih 2 cm..
I ditempatkan wad & kena salin baju kaler pink...
Petang tu pun dah ramai sedara-mara lawat i...hehe
Ada doc check i..
Dia kata kalau esok pagi masih 2 cm dia lepaskan i balik dulu...
Kalau sakit betol-betol baru datang..
Kalau nak paksa bersalin pun, diorang kata kena lepas 10 hari dari tarikh due
Hati i berbunga-bunga sebab dapat balik :)

Bersambong....

Wednesday, February 9, 2011

Satu untuk hafiy, satu untuk papa :)

Ce uolls tengok pic ni...
Kan main lagi kan 2 beranak ni duk posing atas kerusi ni...
Satu kerusi besar untuk papa..
Satu kerusi kecik untuk hafiy..
So sweet :) (ecece mama dia yang over)
Orang yang lalu-lalang pun sengih jek tengok i duk tangkap pic ni...

Tempat Kejadian : Carrefour, Alamanda