Thursday, March 31, 2011

You Are My Lucky Follower

I di tagged oleh Sara..
Jom join uols..
Klik banner bawah ni :)


I mahu tag :
ein
dakcik
wani

Buat uols, mana tahu lucky ;)
Tarikh tutup 5 April 2011, tak lama dah..

Kesian saya..mama kejam!

Dah lama i tak cerita pasal hafiy kan?
Meh i nak cerita pasal dia pulak..

Pada suatu petang..eceh ayat skema giler!
I ambik hafiy kat taska cam biasa..
Pastu WAJIB pergi playground..
Coz taksa dia dekat dengan playground..
Kat situ, memang dia suka sangat...
Main jongkat-jongket..
Main buai..
Panjat gelongsor..
Biasanya i spend sehari dalam 20 minit gituu..
Pastu jom ah balik.. Mama dah penat..

Sampai umah i akan letak dia atas katil i cam biasa..
I tak risau sangat sebab dia dah reti turun katil sendiri..
Biasanya dia akan berdiri sambil pegang katil dia..
Katil dia himpit ke katil i jek..
Sambil berdiri tu,
Sambil tengok i..bukak tudung..bukak kain..ok dah!

I pun duk ralit-ralit bukak tudung..
Tetiba dia nanges..
I tengok dia dah dah tak dek dah kat atas katil..
Aikk...mana dia ni???
Tapi suara dia ada..
Uwaaaa~waa~~waaa~

*

*

*

*

*

*


Uols nampak apa-apa tak??

Meh i zoom sikit.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Dia terjatuh celah ni uols..
Terperosok ke bawah..
Antara katil i & katil dia, kat situ ada gap sikit..


I pun bukak laluan sikit..
Barulah dia boleh merangkak keluar..
Hehehe ;)


Mama kejam! sibuk tangkap gambar hafiy jek!!

Tuesday, March 29, 2011

Aiyyooo!!

Mood malas i dah datang..
Malas nak update!!

y? y? y?

Rajin duk blog walking jek..

Adehh..

Malam ni nak p tengok Sofea..

Rindu kat Sofea..

Setelah berbulan-bulan tak jumpa..

Tapi tadi i kol dakcik, Sofea naik balik penyakit dia (ekzema)

Sedih jek dengar suara dakcik..

Baru bawak balik Sofea ke sini 3 hari..

Penyakit dia muncul balik..

I paham perasaan u wok...

Takmo sedih-sedih..

Takmo nanges-nanges..


Dari kiri PF Junior : Qaseh, Hafiy & Sofea


Hope Sofea cepat sembuh..


p/s : PF jumpa malam ni okey ;)

Friday, March 25, 2011

Belajar bahasa Sarawak

Wah!
Asyik nak cerita pasal Sarawak jek kan??
Mesti, selagi tak habis cerita ni..
Selagi tu uols kena mengadap baca okey ;P

I pergi 3 hari tu pun macam-macam perkataan yang i dapat belajar k..
Ce i duduk sana sebulan??
Kompem i dah boleh cakap Sarawak..eceh!!

Meh nak ajar uols ;)

manok : ayam
kitak : engkau
sik ada : tiada
pusak : kucing
belon : kapal terbang
kacak :cantik
lawa : sombong
madah : cakap
kenak : kenapa

Yang itu lah yang i sempat belajar dengan Hidayah...
Banyak lagi tau..
Tapi i tak ingat dah..
Hidayah, kalau baca ni jangan gelak okey ;)

Ada satu malam tu, i pergi beli burger kat umah sebelah..
I cakap camni "burger manok special satu"
Penjual burger tu pun angguk jekk..
Wah terror tak i?? hehehe

Thursday, March 24, 2011

Sakit perut wok...

Kan i cerita siang tu i lenguh-lenguh kaki kan..??
Malam tu i demam wok..
Lepas makan panadol, esok pagi (semalam lah) dah okey..
I pergi keje macam biasa..

Tapi perut i pulak sakit...
Bukan sakit perut yang biasa tu wok..
Bukan sakit perut yang mulas-mulas tu jugak..
Sakit perut yang senak, perit & pedih dekat belah kanan...

I pun ngadu kat dakcik..
Dakcik kata appendiks kot macam dia dolu-dolu..
I pun gigih lah google pasal appendiks ni...
Yang I tahu, appendiks ni bila dah pecah lagi bahaya, boleh bawa maut!!
Lagi lah i takot wok bila i baca macam tu...

Dakcik pulak duk cerita, dulu time dia sakit cam i tu, terus dia pergi emergency..
Malam tu jugak dia kena operate buang appendiks..
I dengar cerita dakcik i jadi seram wok...
Dakcik pujuk suh i pergi klinik..
Last-last i pergi jugak pukul 2 petang semalam...

Kat klinik,
Doc tekan perut i..
Belah kiri..tak sakit..
Bila doc tekan jek perut belah kanan..i menjerit, "sakit...sakit..sakit..!!"
Hehe...over kan??

Doc kata i kena ambik ujian darah, air kencing & peknen test sekali...
Tunggu punya tunggu result dia kuar...
Sambil tu, i duk tekan perut i yang sakit ni..
Pukul 4 petang baru doc panggil i semula..

Ujian darah--->darah i normal, takdek tanda-tanda menunjukkan appendiks.. kalau appendiks sel darah putih tinggi...

Peknen test---->negative, kalau peknen luar rahim, memang akan sakit perut belah kanan..
tapi i tak peknen wok...

Ujian air kencing--->ada kotor sedikit...

So, kesimpulannya perut i sakit ni disebabkan kencing kotor...
Doc juz bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat lawas kencing..

p/s : pagi ni, sakit perut i dah kurang..masih ada, tapi tak seterok semalam...

Cuti-cuti Sarawak, Day 2

Asalnya nak kuar umah dalam kul 8 pagi..
Nak tengok payung terjun dulu...
Siap-siap, mandi-mandi, mekap-mekap..
Kul 10 pagi baru kuar umah..hehe


Mak i bergambar dengan bff dia (baju kuning)
Ce uols tengok muka mak i, cam orang melanau Sarawak kan??
Muka sama jek..hehe

Sampai-sampai payung terjun dah habis..aiyooo!


Belakang tu sungai rejang..
Kat situ lah mak dgn ayah i naik kapal bila nak pindah balik semenanjung..



Kak diela yang peknen 6 bulan






So, teruskan perjalanan ke Bukit Auk..
Tapi weols tak naik sampai ke puncak pun..
Tak larat eh...
Dahlah panas woo..
Kalau naik puncak boleh tengok satu bandar sibu..
Weols duduk kat kaki bukit jekk..
Makan-makan eskrem..
Bagi makan ikan..


Lepas pergi Bukit Auk
Singgah minum-minum kat kedai jap..
Haus giler..
Cuaca panas yang amat wok..


Tu yang i tag nama 'hidayah' tu..
Anak cik sharif yang no. 3..

Kali ni dia pulak drive..
Sama umur dengan i tapi masih belom berkawen..
Sangat-sangat peramah :)
Hidayah cerita kat Sibu banyak ular..
So kalau jumpa ular kat tengah-tengah jalan memang perkara biasa..
Perggghhh..giler lah wok..

Lepas minum-minum
Singgah pergi mall jap..
Mak i nak cari baju hafiy yang takdek lengan & tak panas...
Baju-baju yang i bawak plak semua yang ada kolar..
Kesian kat dia, asyik berpeluh jekk..

Then, teruskan perjalanan ke kedai kraftangan..
2 kedai kraftangan weols pergi..
Kat situ memang rambang mata..
Mana nak pilih fridge magnet lagi..keychain lagi..mana nak pilih baju untuk pf juniors lagi..eceh!

Lama jugak weols bersoping kat kedai tu..
Pastu terus balik umah...

Malam tu, ada satu kejadian yang berlaku..
Abang i duduk kat pangkin luar rumah..
Tetiba menjerit.."ulor besar..ulor besar.."
Weols yang duduk dalam umah termasuk tuan rumah semuanya berlari-lari keluar..
"mana ular besar? mana ular besar?"

Abang i dah gelak-gelakk...
"bukan ular besarlah..bulan besar!!!"
Weols semua dah tergelak sakan..adehh!!

Wednesday, March 23, 2011

Belajar buat kek lapis Sarawak

Kat Sibu rupa-rupanya takdek jual kek lapis lah uols..
Rupanya kek lapis ada jual dekat Kuching..
Sibu---->Kuching, 6 jam uols!! *pitam*
Macam i balik Tganu dah..

So sorry to dakcik yang kirim kek lapis pandan..
Puas i cari u...hehe
Nasib baik kawan mak i, cik elam memang buat kek lapis..
Dia memang terror buat kek lapis ni & siap ambik tempahan..

Asalnya, nak buat 3 biji kek lapis belacan..untuk i, mak i & untie i..
Kek belacan tu bukan bahan-bahan dia belacan uols..
Takdek pun letak belacan dalam tu..
Juz nama dia jek macamtu..
Tapi kek paling sedaplah..
Tapi entah camana, kedai yang biasa dia beli bahan-bahan untuk buat kek tutup pulak..

So, juz buat kek lapis horlicks..
Itu pun sedap melampau okey :)
Tapi juz buat dua biji jek, satu mak i..satu untie i...
I punya takdek...uwaaaaaaa :'O *nanges*


I tak ingat pun bahan-bahan dia apa..
I sibuk duk tangkap gambar jek..



Masa ni nak asing jadi 3 bekas..



Dah dapat 3 bekas..

Masukkan setiap lapisan kat dalam oven selama 10 minit *pitam lagik*
Uols paham tak ni??

Mula-mula tuang kaler merah dalam loyang..pastu letak dalam oven..tunggu 10 minit..
Pastu tuang kaler hijau (atas kaler merah yang dah keras tadi.)..letak dalam oven..tunggu 10 minit..
Begitulah seterusnya sampai habis..
Cuba bayangkan kalau 20 lapisan???
20 lapisan X 10 minit = 200 minit!!!
Perrgghh!!

Sebab tu nak buat kek lapis ni, memerlukan kesabaran yang tinggi..chewaah!!


tadaaaa!!! ini kek lapis yang dah siap..

I dapat banyak ni jek uols atas belas ihsan mak & untie i..
Kejam tau ;(

Tuesday, March 22, 2011

Cuti-cuti Sarawak, Day 1

I rasa cam nak demam jek ni..
Nape ntah..
Lenguh-lenguh kaki..
Badan rasa lemah jekk wok..
Dakcik kata sebab i banyak sangat berjalan..
Maybe lah kot..

Meh i cerita pasal cuti-cuti Sarawak i dengan family..
Weols bertolak dari LCCT ke Sibu, Sarawak 7.05 pagi, pagi jumaat..
Weols pergi Sibu, tak pergi Kuching..
I pun hanya mengikut family i yang sememangnya nak turun Sibu nak jumpa kawan lama..
Setelah 29 tahun uols! 29 tahun tak jumpa...perghhh!!
Dah alang-alang diorang pergi baik i ikot sekali kan??

Sampai Sibu dalam pukul 9.00 pagi gitu...





Weols pergi semuanya 9 orang..
Mak sedara i, sepupu, abang i & isteri dia
I dapat seat depan dgn ayah i...
Yang lain semua duduk belakang-belakang nun..

Tapi kan bila i duduk dengan ayah i dengan hafiy..
Cam pelik jek nampak uols..
Orang lain pandang i semacam jekk..
Yelah i berpasangan dengan ayah i dengan anak kecik..
Mesti diorang kata..."berjalan dengan bini muda, anak kecik lagik"
Perghh sampai ke situ i pikir wok..haha :D
Nasib baik budak tecik tu tak buat perangai dalam flight..

Sampai-sampai jek kawan aboh dah tunggu kat airport..
So terus berdesup dia bawak weols balik umah dia dalam 1km jek dari airport..
Mak i jumpa kawan lama dia pun terus peluk-peluk...
So, banyak lah duk bercerita pasal dulu, dulu, dulu..

Masa tu i tak wujud lagi wok..
Ayah i duduk Kem Lanang, Sibu Sarawak 9 tahun dari bujang sampailah kawen..
Sampailah umur abang i 2 tahun barulah berpindah balik semenanjung..

Dalam pukul 2 lepas sembahyang jumaat pergi jalan-jalan bandar Sibu..
Pergi 2 buah kete..
Satu kete lagi, anak kawan aboh i tu bawak..





Ayah i ajak makan kedai peberet dia dulu-dulu..
Masih ada sampai sekarang wok..
Dia nak makan mee sapi..

ini dia mee sapi..cam mee sup kan??hehe



ini pulak i punya, laksa sarawak...datang sarawak kenalah makan laksa sarawak kan? hehe



ini pulak mee kolok..







ha..tulah kawan ayah i, cik sharif dan anak dia..lina..mereka memang sporting habis..





budak tecik ni pun tak ketinggalan...

Lepas makan-makan singgah beli barang kat Farley..
Farley tu nama mall kat situ..
Lepastu terus balik ke umah..

Hadiah untuk aboh..

Hi uols..
Setelah lama menyepi..ecece
I dah balik..
Cuma macam penat + mengantuk..

Baju pun banyak tak basuh lagik ni..
Umah pun bersepah-sepah lagi..
Family i dah bali Tganu petang semalam...

Bos pun dah start keje hari ni..
I pun dah start busy sket-sket..

Hrmmm..
Sebelom family i bertolak balik Tganu..
I bagi kezutan untuk ayah i..
Sempena besday dia..


Hadiah dari kami 3 beradik..

Cerita pasal Sarawak nanti i update okey :)
Masih malas nak bercerita...
Adoii...


Boleh buat ganti hp lama aboh tu..

Thursday, March 17, 2011

Bercuti

Jumaat & Isnin i akan bercuti..
I akan ke Sarawak uols ;)
Bercuti bersama family..
Tapi, bercuti tanpa papa hafiy yang sedang berkursus di PD :(
So blog ini akan berupdate pada hari Selasa..
Tunggu...!!

Wedding Anniversary Contest

Uols i baru join contest ni pulak..
Uols pun boleh join, cuma klik banner di bawah k ;)



So, i mahu letak pic ini


Perkara yang melucukan?? apa ek? tapi i nak citer tentang pic ni,
Sebenarnya kasut i terlekat kat celah-celah lantai papan tu sampai tercabut tumit ;)
I mahu tag zaa, dakcik & wani..(buat jangan tak buat okey..)

Hafiy di tahan wad

Wah, tajuk cam gempak jek kan uols..
Hehehe :)

Sebenarnya budak tecik ni kan alergik telor..
Kalau makan kek & telor jek abes naik merah-merah..
Pernah sekali tu dia makan banyak sangat kek time besday Qaseh..
Mama dia taknak bagi..tapi asyik nak jek..
Naik gelembung air kat belakang telinga dia uols..
Risau i wok..
Tapi sejam lepastu dah hilang, lepas sapu krim yang dak wani bagi :)

So untuk cucuk setahun ada vaksin yang mengandungi unsur telor..
So doc mintak budak tecik itu di tahan di wad harian untuk dipantau..
So i kenalah cuti uols untuk temankan budak tecik tu..
My hubby sah-sah memang dah cuti dah..
Memula cucuk budak tecik tak nangis pun..
Sampai-sampai wad dalam kul 10 pagi teros dia tido..



Bangun-bangun jek terus seronok sakan..
Asyik duk sengih manjang..
Apa ntah dia suka sangat??
Pastu duk gegarkan-gegarkan palang besi katil tu..
Pastu siap nak panjat-panjat tempat makan belakang tu..
Adoilahh..








Siap duk cak-cak dekat nurse yang lintas kat depan dia..








Pukul 1 petang camtu baru dia tido..
Barulah mama dia pun tido sekali..
Papa pulak kusyuk baca novel..
Aikk? baca novel??
Hahaha :D
Hobi dia uols...
Kalah i tau ;P
Pukul 3 petang camtu dah boleh keluar wad..
Langsung tak naik merah-merah pun
Hrmm...maknanya dah tak arlegik telor lah ork??
Boleh lah bagi makan telor pas ni..

Wednesday, March 16, 2011

Kan best setiap hari camni..ahaks! ;)

Tadi tengahari i balik umah..
Coz my hubby suh i balik..
Dah siap masak katanye...
So berdesup!! i balik okey..

So sorry to dakcik yang nak ajak i makan nasi goreng peberet dia..
Nasi goreng cili api, tapi tak dapat..
Esok tengahari ek dakcik..
Psst..psst..!!
Dakcik tu asyik ajak makan nasi goreng cili api jek..pelik i uols..
Setiap minggu wajib ada.. ada apa-apa ke??

Okay uols,
My hubby ni cuti seminggu..
So dia duduk umah saja..
Tu yang rajin memasak tu..
Tapi, esok dia dah start pergi kursus kat PD sampai Sabtu..


Lauk yang simple jek tapi sodap! budu tetap ado..haha :D

Kenapa orang laki ni masak sedap ek?? pelik i wok..
Masak meggi pun sedap..
Ingat lagi time i peknen, i asyik nak makan nasi goreng pedas yang dia masak..
So gigihlah dia masak nasi goreng pedas untuk i setiap hari..

Manusia & hati

Hari ni, i nak berpuitis sikit..
Ececece ;)
Yelah, lately ni macam-macam yang berlaku dalam life i..
Dekat opis..dengan kawan-kawan

Tapi semuanya disebabkan hati..

Iri hati?

Sakit hati?

Kecil hati??

Busuk hati??

Dan i paling suka ayat ni "sebusuk-busuk bangkai, busuk lagi hati manusia"
Yup! ini ayat marah..
Hope tuan punya ayat jangan marah i ambik ayat itu kat fb..hehe ;)

Disebabkan hati jugak manusia sanggup berbuat apa saja..
Disebabkan hati jugak manusia lain ditindas..
Disebabkan hati jugak manusia binasa..

Hati ini ibarat jasad kite..
Apabila rosaknya hati..
Rosaklad jasad kite..
Kalau tak di jaga hati kite,
Mulalah wujud penyakit-penyakit hati..
Hasad dengki..
Buruk sangka sesama manusia..
Puncanya dari hati..
Bermulanya dari hati..

Jangan dilihat,
Apabila sempurnanya jasad sesorang..
Maka sempurnalah hatinya..begitu jugak sebaliknya..
Hanya keimanan dan cara kite bertassawul dengan Allah yang dapat menilainya..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

Doa lah macam ni setiap hari selepas solat atau bila-bila masa..

"YA ALLAH; Sucikan lah hatiku, bersihkan jiwaku, ikhlaskan aku melakukan apa sahaja keranaMU, Kurniakan aku iman yang sempurna, akhlak yang terpuji dan pekerti yang mulia..."

Monday, March 14, 2011

Runsinglah wok

Rambut i ni ha...
Setiap hari gugur..
Bukan sikit wok..
Banyak!!

Ikotkan i start keguguran rambut yang teruk lepas bersalinkan hafiy..
Sebelum-sebelum ni pun gugur..
Tapi gugur yang normal je lah kan..
Ingatkan bila hafiy 5,6 bulan makin kurang lah gugur..
Ini hafiy dah setahun..
I masih mengalami keguguran rambut yang terok!
Banyak wok!
Merata-rata kat lantai..

I try google (i kan obses sikit dengan google ;))
Ada yang cakap sebab hormon..
Tapi, akan balik ke normal bila anak dah 7,8 bulan..
Tapi i tetap sama :(

Ada yang cadangkan pakai syampoo Clear kaler orange..
Suh i pun gigih pergi beli..
Tetap sama lah wok...
Camana ni uols?? ciput dah rambut i ;(

Friday, March 11, 2011

Contest gaya manja si anak

I di tagged oleh dakcik untuk join contest ni..
Uols boleh klik kat banner bawah ni okey :)


So, i pertaruhkan pic ini..


Jumaat yang best!

Apa yang best??
Coz last day keje minggu ni lah kan..
Coz esok cuti!
Coz tinggal i dengan kak fiza jek kat unit ni today..
Coz dakcik nak belanja pf tengahari ni..yeay!! ;)

Ni i nak cerita..wah! rajin betol i bercerita sekarang ni ek??
I sakit kepala lah wok, dari malam tadi sampailah ke pagi ni..
Adakah berjangkit dengan dakcik??
Isk, tak baik kata dakcik camtu kan...
Tapi betolah, i sakit kepala wok..
I malas nak makan ubat..
Ingatkan bangun tido pagi tadi dah hilang..
Tak hilang-hilang jugak..
Nampak gayanya kena makan ubat jugak ah lepas ni..

Ke sebab i tak cukup tido wok??
Terlebih tido adalah i rasa..
Kul 10 i dah tido..
Konon-konon nak tidokan hafiy jek..
Alih-alih i pun ikot sekali tido..

Oh, pasal contest..
I ada 2 contest yang i kena buat..
Tapi contest yang muka fish cute i rasa cam tak buat ah..
Dah banyak kali i snap! DELETE
Snap! DELETE
Buruk muka i wok! haha :D
Kalau i joing, zaa kena pilih i menang..kan zaa?? (kenyit-kenyit mata)
Contest satu lagi, insyallah i buat ek dakcik..(kena baik-baik jek dengan dakcik today, coz orang nak belanja kan?)

Hafiy tengah makan pisang sambil tengok Hagemaru..