Friday, April 29, 2011

Barang asyik hilang

Now, kat umah i ada penyakit baru..
Barang-barang asyik hilang..
Sebabnya budak tecik tu suka sorok barang + suka main barang-barang i..

Kejadian pertama :
Penutup botol susu dia..
2 hari tak jumpa-jumpa..
Last-last bila i buka laci kabinet TV, kat dalam tu dia simpan..

Kejadian kedua :
I siap-siap nak pergi keje, bila nak tenyeh muka dengan krim..
Krim takdek plak kat meja solek..
Cari punya cari..rupanya ada kat dalam bakul mainan dia..
Aiyoo...masa bila budak tecik ni ambik & buat main pun i tak tau..

Kejadian ketiga:
Remote TV hilang..
I geledah satu umah tak jumpa-jumpa wok..
Papa dia pun geledah sama..
Cari bawah kerusi takdek..
Bawah kusyen tak dek..
Laci itu takdek..
Laci ini takdek..
Laci kabinet dapur pun takdek(tempat peberet dia main)

1 hari weols hilang remote TV...
I tengok Kejora & Bintang pun takdek suara..hahaha :D
I baca subtittle jek wok :P
Sebabnya i tak reti nak adjust-adjust kat decoder dia tuh..
Bila papa dia balik keje & adjust-adjust, baru i dapat dengar suara..

Bila tanya dia.."mana hafiy letak remote TV??"
Dia buat muka seposen..
Tak pun dia akan jawab "tu..tu...tu..." pastu tunjuk kat mainan dia..
Adoilah..

Last-last jumpa jugak..
Uols tahu kat mana dia sumbat???

*

*

*

*

*

*

*


kat dalam kete mainan dia..ada lubang kecik kat situ...


"im corry mama"

p/s: hafiy dah start berjalan minggu lepas :)

Thursday, April 28, 2011

Pemenang contest "gambar kawen yang anda paling suka"

Ok wokwok sekalian ;)
I mahu umum pemenang nih...





Okey..tarik napas..tarik napas..





























































Sabar...







































































Saguhati tempat ketiga ialah ~








































































~~Zaa~~
pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap (bunyi tepuk tangan)























































































Saguhati tempat kedua ialah ~

































































































chempakamummylicious
pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap (tepuk tangan lagik)




















































































Dengan ini diumumkan pemenang tempat pertama contest ini ialah~














































































































































BOB HAZRAN
pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap (tepuk tangan kuat2!)










Kepada semua pemenang diucapkan tahniah!

Sila bagi nama & alamat anda di email littlebride17@gmail.com

TQ to all yang joing contest nih :)

Wednesday, April 27, 2011

Jom cuci mata





Uols jangan lupa jenguk our shop pfscollection :)




Uols boleh klik sini..




Jangan cuci mata jek uols...




Soping sekali okey ;)

Tuesday, April 26, 2011

Asal-usul perkataan 'wok'

Haa..kan i janji nak cerita kan?
Kenapa PF asyik guna perkataan 'wok' jek lately..hehe
Ada kisah disebalik perkataan tu tau..

Suatu ketika dahulu..
Burung-burung berkicauan..
Langit membiru kehijauan..
Eh, i acah jek..

Okay, i serius ni...
Dulu dak wani & dak ein kalau bercakap berdua.. selalu guna perkataan 'yob'..
Sikit-sikit 'yob'..
Sikit-sikit 'yob'..
Contoh diorang kalau bercakap : "buat apa tu yob?" "kat mana tu yob?"
Tapi antara diorang berdua jek..
Kalau diorang bercakap dengan i, dengan dakcik, tak kuar pulak perkataan 'yob' tu..
Pelik tak??

Satu tengahari tu, PF pergi umah dakcik..
Nak melawat Sofea..
Kebetulan mak mentua dakcik ada & siap masak..
Mak mentua dakcik kalau bercakap mesti ada perkataan 'wok' kat belakang tu...
Yelah, mak mentua dia kan orang pahang..
Eh, dakcik pun orang pahang jugok..
Contoh mak mentua dia kalau cakap : "makan lah wok..makcik masak banyak ni wok"

So, i terpikir..
"dakcik apa kata kite guna perkataan 'wok'??
Dak ein & dak wani kan guna perkataan 'yob'..
Kite guna lah perkataan 'wok'"
Dakcik terus setuju..
Siap i cakap kat dak ein & dak wani.."korang takleh tiru...korang guna 'yob'"perghhh!! haha :D

So dari situlah bermula perkataan 'wok' weols tuh...
Dak ein & dak wani terus tinggal perkataan 'yob' diorang..
Gunalah perkataan 'wok' jek sekarang nih..hehe :)


p/s : yang paling tak tahan ada orang search belog dakcik guna kata kunci "mek wok"..haha :D

Monday, April 25, 2011

Senarai-senarai nama yang join "Contest gambar kawen yang anda paling suka"

Contest ni dah tutup k
Kat bawah ni, senarai-senarai yang joing!!
TQ so much all of you :)
Kepada sesiapa namanya tak tersenarai sila inform..
Senarai- senarai nama ni pun i ambik kat komen entry contest tersebut...

Disebabkan sambutan amat menggalakkan..
Hadiah-hadiah adalah seperti berikut :

Pemenang ====> Shawl dari pfscollection + souvenir dari i

Saguhati ke-2 ====> Souvenir dari i

Saguhati ke-3 ====> Souvenir dari i jugak

Pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat :)

Sunday, April 24, 2011

Contest gambar kawen yang anda paling suka

STICKY POST..PLEASE SCROLL DOWN

Ha..uols!
Sana sini duk buat contest sekarang ni..
So i pun tak mahu ketinggalan..
Sempena our wedding anniversary yang ke-2, 24 April 2011 ni :)
Uols boleh join contest di bawah ini okey...



Syarat-syaratnya :

1. Jadi follower pfscollection.blogspot.com kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection

2. Jadi follower i, azieaxie.blogspot.com, nantikan hadiah misteri dari i ;)

3. Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebar uols

4. Of coz untuk blogger yang sudah berkawen & letakkan pic kawen yang uols suka & nyatakan kenapa di dalam entry tersebut

5. Jangan lupa tinggalkan link contest uols di komen bawah ini untuk senang i terjah

6. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & i

7. Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang..

8. Tarikh tutup 24 April 2011

Friday, April 22, 2011

Jahatnya kamoo..

Okey uols nyanyi lagu stacy itu dulu...


~

~

~

~

~

~


Ok dah..dah..

I nak cerita ni..
Uols pernah tak, time uols nak naik lif pastu orang yang ada kat dalam lif tu tutup pintu..??
Ha..i kena 2 kali semalam wok!

1st kat opis..
I dengan kawan-kawan opis..
Kebetulan sampai kat kawasan lif tu, pintu tengah terbukak & ada sorang akak masuk dalam lif tu..
Weols pun berlari-lari anak ke lif tu,
Cepat-cepat dia tekan 'tutup'..
Buat selamba jek..
Jahatnya kamoo ahkak!!!
Weols terpinga-pinga & terkejut sebab akak tu tutup pintu lif wok..

2nd time balik keje kat lif umah pulak..
Hari yang sama okay :s
Kebetulan pintu lif terbukak jugak..
Okey ada orang kat dalam tolong tekan 'buka'..
I dengan akak sorang ni berlari-lari anak ke lif tuh..
Okey, akak tu sempat masuk lif..

Tapi, time i...
Tinggal beberapa langkah lagi i nak masuk lif tu..
Akak tu terus turun tangan dari tekan 'buka'..
Pastu dia tengok jek i & buat muka blur...perghh!
Pintu terus tutup..
Arghhhh! i terpinga-pinga lagi wok..
Sama macam kes pertama tadi..
Uwaaaa..jahatnya kamoo!!

Wednesday, April 20, 2011

Kerana mu 5s..

Hai wok..
Uolls perasan tak PF asyik guna perkataan 'wok' jek lately..hehe
Nanti i cerita kat entry lain okay :)

Hari i nak cerita pasal 5s..
Sebab tu i jarang update belog dah sekarang nih..
Jarang komen blog uols..
Jarang blogwalking..
Sibuk buat 5s nilah...

Aiyoo pening kepala i wok..
Ini tahun ke-3 5s kat opis i nih..
I pulak jadi AJK surau tahun ni..
Sorang-sorang pulak tu..

Terkontang-kanting..
Tertonggeng-tonggek..
Buat 5s nih..

Mende nilah i duk buat uols..


Meh zoom sikit..
Kata-kata tu i ambik kat iluvislam.com..
Atas saranan dakcik..
TQ wok..


Ini pulak jam solat yang i buat..comel ke tidok??


Setelah digantung..hehehe

Friday, April 15, 2011

Sunnah Rasullulah pada hari Jumaat

Alhamdulillah di hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari..
Marilah sama-sama kite mengikut Sunnah Rasulullah..
Ganjarannya, maha besar di akhirat kelak...Insyallah..


1. MANDI

Sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi-wangian

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

3. Memotong Kuku

Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud,
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat

Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda baginda yang bermaksud,
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Izzul Hafiy :)

Thursday, April 14, 2011

Kejora & Bintang

Hai uols :)
Bertemu lagik..
Baru dapat jenguk pc nih uols..
Sibuk dengan 5s tak habis-habis..
Pagi tadi i liminate kertas, sampai kuar asap itu mesin, sampai hangit bau baju i..haha :D

Ramai jugak yang join contest itu..
Ada yang i tak sempat terjah lagi..
Nanti i free i terjah k :)

Uols tengok tak cerita ni kat Astro Ria??
Setiap Isnin sampai Jumaat, 6.30 petang..wah! siap promote..

I suka sangat cerita ni wok...
Walaupun jalan cerita dia kadang-kadang menyakitkan hati..
Walaupun Kadang-kadang ada yang tak logik..

Yelah, dia duk cari ayah dia sangat kan..padahal ayah dia dekat jek..
Arghh! banyak lah i tak puas hati..
Tapi i suka..hehe

Dah 2 hari terlepas tengok cerita ni sebab i main voleybol..
Nak tunggu ulangan tengah malam?? tak sanggup i..
Kul 10 i dah tido..
My hubby pun duk giler tengok cerita ni sekarang..
Terikut-ikut dengan i :B

Tuesday, April 12, 2011

Hadiah dari Majalah Pa & Ma

Kan Hafiy masuk Peraduan Bayi Bulan ini di Majalah Pa & Ma..
Ingat tak? ok klik sini
Dia dapat saguhati kan..

So, Khamis haritu i dapat surat..
Suh ambik kat pejabat pos..
I ingatkan nak kena ambik surat saman apa plak ni..hehe
Rupanya hadiah budak tecik ni..


Baru sampai uols..i pun dah lupa..hehe



Surat dari Karangkraf..mama dia excited sangat bukak, sampai terkoyak..hehe
Eh, sapa yang menang ni??? Hafiy ke mama??



Dapat CD belajar bahasa bayi..



Terima kaceh Pa & Ma kerana pilih caya..
Terima kaceh Tok Aboh, Tok Ma, Nenek, Toki, Ayah long, Cik Long..Arghh! cemualah yang mengundi caya..terima kaceh cemua :)



Bila mama dia pasang..dia sibuk nak pegang baby tu kat TV..aiyoo..!

Monday, April 11, 2011

Kite bako! kite bako!

I busy sangat-sangat wok..
Audit 5s akan datang tak lama lagik.
So kemas itu, kemas ini..
Tambah-tambah lagi, i jadi ajk 5s untuk surau unit i nih..
Puas duk pikir..
Camana nak make over surau tuh..
Try lah buat apa yang mampu..
Maklumlah i tak kretip!!

Jumaat baru ni i balik kampung..
Balik tiba-tiba..
Pak sedara i meninggal..

Malam tadi kul 9 baru sampai sini semula..
Singgah makan kat satu kedai ni..
Tak perlu lah i sebut nama kedai nih..
Kedai baru bukak..
Dekat jek dengan kawasan umah i kat presint 14 jugak..

Dari luar kedai tu bukan main 'gah' lagik..
Dekat lampunya yang meriah..
Sekali service hampeh!!
Ce uols bayangkan, pekerja dia ambik order tanpa kertas & pen pun..
Ok takpelah..maybe ingatan dia kuat kot..ceh!

Pastu mulalah tersalah hantar makanan & minuman..
Banyak kali jugak..
Tetiba sampai air carrot.."eh, saya order milo ais"..
Pastu sampai pulak nasi goreng cina.. "eh, saya order nasi putih dengan sup ayam lah"

My hubby makan nasi beriani daging..
Sampai lah dia dah habis..
I punya tak sampai-sampai lagi..
Takpe..tunggu lagi..sabar..

Tungu punya tunggu, tak sampai-sampai jugak..
My hubby panggil pekerja dia & tanya..
Boleh dia jawab "nasi putih dah habis lah"
Terus hangin i naik.."kiralah!"

Dah lah penat baru sampai dari Tganu..
Kepala pulak duk berdenyut-denyut..
Kalau dia cakap awal-awal..
Takdelah weols tunggu sampai ke 10.30 malam!
Memang i black list itu kedai..huh!

Wednesday, April 6, 2011

Cuti-cuti Sarawak, Day 3

Ok, ini last part for cuti-cuti Sarawak..
Lama kan i nak update pasal Sarawak ni..
Maklumlah, busy & kemalasan yang melanda..
Pastu nak refresh balik..arghhhh!!

Mak i kat kampung silent reader blog i ni..
Siap tanya kat i "bila nak sambung ceritanya??"
Hahaha :D over!!
Ni nak ceritalah ni, ma weii...

Esoknya..
Weols berjalan ke Bintangor & Sarikei..
Sebelum tu weols singgah jeti ni jap..
Ayah i nak mengimbas kenangan lalu..cewah!!
Ayah i kata ini tempat dia tembak-tembak dengan komunis..
Nama tempat tu, Paradom..


Belakang tu, panggung wayang lama Paradom

So i pun tak ketinggalan berposing..
Tapi, budak baju hitam tu suka betol menyelit sebelah i..
Hehehe :)
Itu sepupu i lah, Haikal..
Mana orang tangkap gambar, mesti dia muncul tetiba..



Tengok tu, siap lentok bagai..

Sampai Bintangor..
Weols makan-makan dulu..

Hafiy pakai baju takdek lengan yang baru beli..
Kan i ada cerita sebelum ni..
Baju yang i bawak untuk Hafiy semua berkolar, bising jek mak i..
So, belilah baju untuk dia tak panas & peluh

Kat bawah ni pulak Pasar Bintangor..
Kat sini semua segar-segar..
Udang pun melompat-lompat lagi..
Mak i ushar harga udang kat sini..
Nak bawak balik katanya..




Teruskan perjalanan ke Sarikei..

Umah panjang yang dah moden..
Dah tak panjang, dah dikerat-kerat..


Bot ekspres di Sungai Rejang


Ini pulak Pasar Sungai Rejang..
I tak masuk pun..
Mak i beli udang, ikan pekasam
Sampai berkotak..

Abang i yang ambik gambar ni, buah apa ek?? uols tahu tak?

Yang ni, mak i kata buah asam paya





Kitorang duduk kat luar jek..
Lama jugak tunggu..
Hafiy dah "masam cetung"..

Pastu gerak pergi jumpa kawan lama abah i yang ada kat Sarikei tu..
Pastu baru gerak balik ke Sibu, semula..
Sambung-sambung shoping kraftangan..
Untie i, siap beli pedang Sarawak bagai..

Bertolak balik kl pukul 9.oo malam..

Airport Sibu

Sampai LCCT

Masa baru fly elok jek budak tecik tu tido..
I pun ikot tido sekali..
Lagi 10 minit nak landing..
Boleh pulak dia bangun..
Pastu menangis tak henti-henti..
I dengan abah i duk gilir-gilir pujuk..
Tak berhenti jugak..
Sampai ke landing lah dia nanges ;s
Abes orang tengok..hish!

Hope dapat pergi lagi lepas ni, pastu travel ke Kuching, Sariken, Bau...Wah!!

Tuesday, April 5, 2011

NATUR Syampoo memang berkesan!!

Eceh! tajuk macam iklan tv plak..hehe :P
Kan entry i sebelum ni ada i duk cerita pasal rambur i yang gugur ni..
So, dak ein bagi suggestion pakai syampoo NATUR..
Dia kata, dulu pun dia macam tu, tapi sekarang dah okey..

So gigihlah i pergi cari syampoo tu kat Warta, Bangi..
Nasib baik jumpa..
Syampoo ni dibuat oleh herba & merupakan produk Indonesia..
Ada banyak kaler..
Untuk kelumumur, rambut gugur, meyuburkan rambut, lebatkan rambut..
Semua adalah!!
Tonik pun ada..

Tengok pic yang i google bawah ni..





I mestilah guna yang ni..
Kata rambur gugur kan??
Baru 4 kali i syampoo..
I perasan, rambut i dah kurang gugur wok...
Percayalah..

Sekali sikat jek, 2,3, 4 helai jekk..
Kalau dulu sengenggam tau!!

Apa tunggu lagi?? Eceh ;P

Monday, April 4, 2011

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Eceh! tajuk??
Siap peribahasa...

I busy sket wok..
Tak sempat nak bukak belog..
Tak sempat nak blog walking lagi nih..
Tapi tangan i dah gatal jugak nih..hehe
Sebab tu updet jugak ;)

Badan i sakit-sakit ni..
Sabtu baru-baru ni, ada lawan volleybol dengan PNMB..
Ate, kome dah berbulan-bulan tak bersukan (tangan goyang cam usop wilcha)

Sabtu tu,
I start sukan dari pukul 7.30 pagi sampai 3.00 petang..
Hafiy tinggal dengan papa dia..
Lagipun papa nak bawak hafiy pergi kenduri kat Bangi tengahari tu..
Pagi tu, i kemas-kemas umah..
Pung pang pung pang kat dapur buat jemput bilis..
Sarapan untuk mereka berdua..

Time nak kunci umah, baru teringat???!!
Rupanya jemput bilis yang terhidang elok bawah tudung saji tu, lupa letak garam!!
Tawar lah ork rasanya??hehe

Balik umah petang tu..
Umah macam tongkang pecah!!
Mainan hafiy bersepah-sepah..
Tapi, jemput bilis tinggal seketul dua jek..hehe ;P

Malam, papa pulak lawan futsal..
Tinggal mama berdua dengan hafiy pulak kat umah...
Sesuai ke tajuk ke atas tu???
Lantaklah..hehe