Thursday, July 28, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday :)









p/s: songkok raya ;)

Tuesday, July 26, 2011

Sejak dah pandai bukak peti........

Oh! ini budak tecik..
Makin hari makin nakal wok..
Tangan tak pernah nak duduk diam...
Mulut tak berhenti kunyah..

Kan i dah cerita kat posting sebelum ni, dia suka makan...
Adoilah..
Tapi badan tak lah gemok pun i tengok..
Pelik lah i...
Bayangkan baru sudah makan nasi yang i suap...
Pastu bawak tin biskut pegi depan TV, suh papa dia bukak..
Dia nak makan beskut plak...
Sekali makan 3, 4 keping...

Bila dia dah reti bukak peti nih..
Lagi senang nak curi makanan..hehe :)

Tengok tu senyap-senyap bukak peti...tangan kiri duk pegang twisties mama..
Tangan kanan nak curi puding laici mama...


Eh, terkantoi pulak...senyum cikit...
Bila mama dia nak ambik gambar, mulalah dia buat mata kecik dia..


"Dahlah tu mama, malulah hafiy"

Ni mesti ikot Tok Aboh kuat makan..haha :D
Mama & papa dia tak kuat makan pun ;P

Satu hari tu i tengak kusyuk basuh pinggan..
Pusing-pusing belakang tengok budak ni...

Curi-curi makan buah limau bali....


Ok cenyum cikit cam biasa...



Terus campak limau, mengamok guling-guling coz mama tak bagi makan..haha :D

Friday, July 22, 2011

Sekadar Renungan

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan..
Apabila wanita yang enggan menutup aurat itu ditegur..
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka..


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka..

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam..
Dia menyalahkan perintah Allah itu. ;
"Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia".
Samalah dengan tudung...
Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk
Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya..
Maksudnya, dakwah itu tuntutan..
Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul..
Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang..


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang
tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu
menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai
hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta
nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu
yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai
rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima?
Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau
masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang
lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka
tidak menegur dan gagal mendidik kau..


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti?
Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya..


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem
untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia..
Tak takut ke mati dalam usia muda?
Tak sempat nak bertaubat nanti..


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu..
Jangan ambil lagi nyawa aku..


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak
ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas
beragama Islam..



“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini
akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu
boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung
dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara?
Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh
kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung
dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu
adalah suci malah lebih berharga daripada emas
mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan
melindungi diri kamu.”


Hanya sekadar renungan....

-cari.com.my-

Thursday, July 21, 2011

Majlis Sambut Menantu Misz Ein & Ijam

Venue : Banting

Ok seperti yang dakcik dah update sebelom ni, majlis akad nikah & kahwin dak ein kan?
Kat Kota Tinggi...
Tapi i tak dapat pergi..
Coz my hubby ada konvo kat uum, tarikh yang sama plak tuh...
Tak cukup sorang PF...hehe

So..i pergi Majlis Sambut Menantu..

Sampai-sampai jek, tengah baca doa..


Cantek kan??


Nih baju dia...i suka sangat!!


Gambar satu family...


Wif dak ein yang cantek bangat!!


My hubby & ijam..
Diorang satu tempat keje..
Ijam curi no. hp dak ein dari hp my hubby...ops!! tercerita pulak ;P


Hafiy dengan bird...


Perantin lelaki...


Budak nih tak reti duduk diam..asyik nak berjalan jek..


Family dak ein...


Kawan-kawan tempat keje..


Che kams & Intan :)

Wednesday, July 20, 2011

I suka GOOGLE

Hrmm...ikotkan i malas nak update belog...
Mood makin menjadi-jadi..
Tapi bila i tengok kat draft...
Ada jugak posting i yang tertangguh..
Salah satu tajuk ini...
Dah 4 bulan tertangguh..hehe ;)

Uols nak tahu..
Salah satu perkara yang i suka buat ialah men GOOGLE..
Maksud i GOOGLE apa-apa yang tertanya-tanya dalam pemikiran i..
GOOGLE apa yang i nak tahu..
I memang obses!!!

Tak tahulah kenapa...
Apa benda jek i nak cari..i terpikir, i terus GOOGLE..
Kadang-kadang bila dah bosan sangat, i GOOGLE nama sendiri...
I nak tahu web apa yang keluar, gambar apa yang keluar berkaitan dengan nama i...haha :D

Masa i dalam pantang i selalu jugak main laptop..
Apalagi kerja i men GOOGLE jelah...
Contoh : "luka jahitan" "jahitan terbuka" "pam susu bayi"hehehe :)

Kalo i bercakap dengan mak i untuk confirmkan apa-apa ke mesti ada ayat "betol kak ngah dah GOOGLE dah"

Dengan PF pun camtu...
Sampai mak i ke, PF ke & kawan opis ke mesti kata kat i "sikit-sikit GOOGLE.."

Uols macam tu tak??

Thursday, July 14, 2011

Famous Amos VS Tiger

vs

Haha :D
Tajuk kan main lagi kan???
Sebenarnya nak cerita pasal beskut jek wok..hehe

Budak tecik tu kan suka sangat makan..
Kalo dah makan, takmo berhenti...

Dulu-dulu dia suka makan beskut Tiger...
Kalo nak beskut tuh, dia akan kata "nak,nak,nak " (sambil tangan tunjuk atas meja)
Sejak papa dia beli beskut Famous Amos..
Dia dah tak layan beskut Tiger dah..

Kalo i bagi beskut Tiger, dia campak balik..takpun dia takmo ambik...
Pastu dia akan tunjuk dekat tin beskut Famous Amous..
Aiyooo...mentang-mentang beskut tu sedap ?? demand ek??

Sekali dia makan, 5, 6 keping tak berhenti...
Habis jek dia akan mintak..habis jek dia mintak lagi...
Sampai i kena sorok tin beskut tu..

Yelah, tak berhenti-henti dia makan wok..
Muka dia dah comot dengan coklat...
Tapi, papa dia kata "biarlah dia makan, kan tengah membesar tu.."
Masalahnya tak berhenti-henti..risau i..haha :D

Kadang-kadang i try letak beskut tiger sekeping dalam tin Famous Amous tu...
Sebab beskut Tiger dia tak luak langsung..
Bila dia nak, i bukak tin pastu try lah hulur beskut Tiger tu...
Dia tak nak wok!!
Tak jadi taktik i...hehe :D

Tuesday, July 12, 2011

My 1st Nephew :)

Hai uols...
Kakak ipar i dah bersalin pada 7/7/2011..
Berat baby 3.56 kg..besar kan wok??

Nih gambar budak tecik tu...
Muka ada iras-iras hafiy masa keluar dedolu..
Pipi bolat!

Muhammad Aqif Dzaqwan

1st son along & kak diela...
My 1st nephew...
1st cousin for hafiy...
2nd cucu tok ma & tok aboh...


Muhammad Izzul hafiy

Sama kan????
Tapi mak i kata mata dia tak sepet macam hafiy...hehe :)

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

ke Pusat Sains Negara

Kali ke-3 i jejak kaki kat sini...

1st, time rombongan sekolah darjah enam dedolu...

2nd, awal tahun ni jugak, time bawak tok ma & tok aboh hafiy jejalan...
Tapi hafiy masih merangkak time tu, so dia tak explore sangat...
Tapi bila part tengok dinasour gerak-gerak, dia takut menangis-nangis...hehe

Kali ni, pergi lagik..memandangkan hafiy pun dah berjalan...
Papa hafiy yang beria ajak..
So, jomlah kite ke sana :)

Baru sampai..


Dinasour kat pintu masuk


Bergambar dengan akuarium kecik..


Zoom sikit...ala kecik-kecik jek ikan dalam tu...


Yang ni baru akuarium besar....


Budak tecik tu takot tengok ikan besar-besar


Mama ajar camne nak posing....hehe


Nak try jugakk...


''
Yang ni pulak...


Seronok duk pijak-pijak lampu...


Main kete...


Kayuh sampan pulak...


Eh, papa pun join??


Anak Dinasour dah keluar...


Wif sotong kurita...


Pertunjukan Sains


Mari membakor tangan...


Dinasour besar yang ada kat lobby..


Zoom sikit...


Tapi pameran dinasour "in progress pulak" tak dapat tengok dinasour gerak-gerak..
Tengok yang keras kejung ni jek...
Tak dapat mama nak kaco hafiy...hehe


Belalang kecik...


Naik jambatan gantung..


Takot tengok patung ni...hehe
Sebelum ni datang, takot tengok kucing duk joget-joget..
Tapi sekarang dah takdek plak...


Cermin ajaib..


Papa hafiy main-main dengan ikan..



Berposing di terowong ikan sebelum balik...