Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya wokwok!

I masih bekerja tau!
Nama pun pekerja cemerlang..ecece :P
Tapi i mahu half day hari ni...

Yelah, barang-barang semuanya tak kemas lagi wok.
I kena buat list dulu baru i boleh start mengemas.
Kang tak pasal-pasal ada yang tertinggal baju raya kang.hehe
Maybe bertolak malam ni atau tido dulu sekejap, tolak pukul 2,3 pagi..
Nasib baik weols balik Tganu sekali..
Umah pun sekangkang hafiy (bak kata dakcik)..

Jalan nak pegi opis tadi dah lengang..selalu bulan puasa ni jem.
Parking kat opis pun banyak kosong..
Dah ramai orang balik kampung ek..
Kat radio pun tak berhenti putar lagu raya..

Di sini i mahu mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, buat semua pembaca & kawan-kawan :)
Ampun & maaf sekiranya..
TERkasar bahasa..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja.

Hafiy tengah main bunga api..

Wednesday, August 24, 2011

Kejadian Sahur

Ini cerita semalam.

I bangun sahur cam biasa..
Walaupun i tak puasa, i tetap bangun sediakan lauk papa hafiy..

Bunyi jam loceng hp, i tengok-tengok baru pukul 4 pagi..
Biasa i bangun pukul 5 pagi..
Isk kenapa awal sangat ni..
I pun tidur semula...

I rasa cam dah lama tido wok.
Bunyi jam loceng hp lagi..
I rasa dah pukul 5 pagi.. (tanpa tengok hp, terus off kan loceng)
I terus bangun..
Terus pergi dapur..
I tengok papa hafiy pun bangun, terus bukak TV..

I biarkan..
I pung! pang! pung! pang kat dapur..
Hidang atas meja..
Tapi papa hafiy buat tak tahu jek..
Mata dia duk tengok TV jek..
Maybe dia tak perasan kot..
I pun suruh dia makan cepat..

Tetiba dia bersuara
"eh, awalnya?? baru pukul 4 pagi nih...abang kunci jam pukul 4 sebab nak tengok bola"
I pun terus tengok jam..
Baru pukul 4 wok..
I ingatkan dah pukul 5..
Hehehe :)

Papa hafiy sengih jek..
Dahlah dia bangun tak cakap apa-apa kat i..
Yang i ni, terus ke dapur..
Kelam-kabut duk pung! pang! pung! pang kat dapur..heh!

Wordless Wednesday :)



* Kena taip jugak..nanti uols tak tahu..haha :D
Ini baju raya tahun lepas..baru elok & muat dipakai..
Masa pakai raya tahun lepas berlipat-lipat tang tangan & seluor..
Lagipun time tu budak tecik ni merangkak lagi..
Untuk tahun ni, beli yang besar jugak..kompem berlipat-lipat lagi..hehe

Tuesday, August 23, 2011

Cahaya Aidilfitri

Hai wok.
Wah tajuk..
Cam lagu Black Dog Bone dah..
Itu tandanya kita dah nak hampir beraya..

Erm, minggu ni last berpuasa kat sini..
Pastu balik kampung! yeay :)
Weekend baru ni, tok aboh & tok ma hafiy datang sini..
So, sabtu & ahad baru ni bersoping sakan..
Penat!

Sabtu tak masak..makan kedai.
Ahad baru masak..
Lepas balik soping, terus masak-masak dengan tok ma.

Semalam pun i masak sikit jek.
Eh, mana gambor nya??
Hehe :) tuan belog dah malas nak tangkap gambor.
Coz semangat nak raya..haha :D
Bak kata dakcik "minggu ni i dah tak masak"
Dakcik lagi bersemangat dari i.haha :D

Hari ni, i berbuka dekat Maritime Cafe Presint 5.
Opis i buat berbuka puasa kat situ.
Nak makan puas-puas (walaupun tak puasa :P)

Letak gambor ketupat bagi feeling sikit..

Monday, August 22, 2011

Tag - Lagu Raya Kegemaran Saya

Oh i kena tag dengan zana..
Ikotkan banyak lagu raya yang i suka..
Lagu-lagu raya dulu2, semua best2 & sedap di dengar..
So, ini salah satu lagu raya yang i suka dengar..

Selamat Hari Raya - Fazidah Joned

Aidilfitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat, Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat, Selamat Hari Raya

(Korus)
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini
Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat, Selamat Hari Raya

I mahu tag
1. Dakcik ain
2. Zaa
3. Cikpuan Ezah
4. Sara

Apa lagu raya kegemaran korang pulak???

Friday, August 19, 2011

Menu Ramadhan ke-18

Semakin hari, semakin kering dah idea memasak..
Masa drive nak balik umah, baru dapat idea memasak menu-menu kat bawah ni.


Kari sardin



Ikan cencaru sumbat cili



Sayur campur goreng kunyit



Sup gear box papa hafiy beli..dia mengidam dari hari tu lagik..

Hari ni, i tak masak..
Papa hafiy ada berbuka kat luar..
Lagipun i tak puasa..
So, tak payah pening-pening nak pikir menu..hehe

Esok, tok ma & tok aboh hafiy sampai..
Datang berpuasa kat sini 2,3 hari sambil-sambil soping!
Seronok lah budak tecik tua ada orang melayan dia..
Oklah, byebye wokwok.

p/s : baru cantek sikit gambor :P

Thursday, August 18, 2011

Menu Ramadhan ke-16

Semalam kan i cuti..
Nak cari baju melayu hafiy & papa hafiy kan..
Kat Jalan TAR banyak gile.
Warna kuning pun banyak..

Nasib baik i pergi pagi..
Orang tak ramai lagi..
Dalam 3.30 i dah balik umah..

Semalam Ramadhan ke-17, i tak masak.
Kawasan rumah i buat majlis berbuka puasa ramai-ramai..
I pun join jelah :)
So relaks lah sikit.

Ini menu untuk Ramadhan ke-16..
Menu yang simple, tapi sedap..eceh!

Sayur air bayam


Ikan kembung goreng berlada

I dah semakin kekurangan idea nak masak...
Bila papa hafiy tanya nak masak apa hari ni??
I kata takdek idea.
Bila i tanya dia nak makan apa hari ni??
Dia pun jawab takdek idea.
Adoi!!

Tuesday, August 16, 2011

Menu Ramadhan ke-15

Harini tak dek gambar menu ek.hehe
Semalam papa hafiy beli ayam percik..
I buat singgang & sambal telor..
Dah pernah ada pic sebelum ni, so tak perlulah i letak lagi kot :)

Pagi tadi i kelam-kabut pergi keje..
Lepas sahur i tido balik, lepas tu mulalah liat nak bangun..
Sampai-sampai kat basement opis terus parking..
Terus jalan ke lif..
Sementara tunggu lif, tertengok kat kasut..
Apasal kasut sebelah silver, sebelah hitam ni??? haha :D
Terus berlari pegi kat kereta..
Pakai kasut elok-elok..
So, hasilnya punch card i merah :p

Eh, sebelum ni pun merah jugak punch card..
Sejak bulan puasa ni kan i masuk 7.30 pagi..
Tapi i tak reti budget masa lah..
Punch card i mesti terlebih 1,2 minit..
Susah betol nak kejar 7.30 pagi nih..

Tapi yang bagusnya, masuk 7.30 pagi ni..
Budak tecik tu masih tido..
Sampai taska terus letak atas tilam..
Takdek dia nanges ke, buat perangai ke..

Oh, esok belog ni tak berupdate okey..
Esok i cuti..
Mahu pergi Sogo & Jalan TAR..
Cari baju melayu papa hafiy & hafiy..
Sampai sekarang tak jumpa-jumpa..
Tema pulak kuning..
Payah betol nak cari..
Eh, takdek kena-mengena dengan BERSIH tau!
I plan tema nih sebelum ada BERSIH lagi..
Harap maklum. Eceh ;)

Monday, August 15, 2011

Menu Ramadhan ke-14

Ramadhan ke-12 kan berbuka potluck bersama PF..
I masak sayur & singgang pedas..
Pic tak ambik..
Coz dakcik dah ambik..
Nanti tunggu dia update dalam belog dia ek.

Ramadhan ke-13, i kepenatan nak masak...
Coz satu hari duk soping raya..
Juz panaskan lauk yang berlebihan semalam..
Pastu tambah goreng ayam jek..
Senang keje i...hehe

So kita terus ke menu Ramadhan ke-14,

Asam pedas sardin (tetiba teringin)


Sayur campur goreng kunyit

Friday, August 12, 2011

Menu Ramadhan ke-11

Semalam i terlupa nak tangkap gambar..
I siap masak lambat sangat..
Azan dah berkumandang..
I baru terhegeh-hegeh cedok lauk...hehe

Semalam berbuka sekali dengan adik i..
Sepupu i tak ikut pulak..
So, masa tengah-tengah makan...
Baru teringat "eh tak tangkap gambar!!"

So, masa sahur tadi baru lah tangkap gambor...hehe (sempat lagik tu)

Tom Yam Campur


Ayam Masak Merah

Hari ni berbuka bersama Geng PF dekat umah i..
Masing-masing bawak lauk..
Pot Luck katanya..
Setiap tahun wajib ada berbuka sekali dengan Geng PF...

So, i buat pemanis mulut ni,


Kek Batik Milo

Ambik resipi dari Cik Tiey Basir..hehe
1st time buat..
I pun tak tahu apa rasanya..hehe

Thursday, August 11, 2011

Menu Ramadhan ke-10

Sekejap jek dah masuk hari ke-11 kita berpuasa hari ni..
I masak seperti biasa..
Mood rajin masih ada :p

Time masak bulan puasa ni, main campak-campak jek..
Bila berbuka rasa okey jek...takdek pulak terlebih garam ke gula ke..
Bila time bukan bulan puasa, bila memasak kejap-kejap nak rasa..
Eh, tawarlah...
Eh, masinlah..
Eh, manislah..
Pelik??

So menu-menu semalam,

Sup daging


Sawi goreng dengan sos tiram



Ikan cencaru goreng

Harini kena masak lebih sikit..
Coz adik & sepupu i datang berbuka kat umah..
Kena balik cepat-cepat ni...

p/s: Semalam kuar opis 4.30, jalan jem giler coz sebelah opis ada Jualan Raya..Adoi..

Wednesday, August 10, 2011

Menu Ramadhan ke-9

Semalam i tak masak langsung...hehe ;)
Kan i kata nak masak sardin, tak jadi wok..
Papa hafiy pulak kata nak beli sup gear box pun tak jadi..

Kenapa??
Tetiba papa hafiy nak makan nasik arab..
So, i pun setuju berbuka dengan nasik arab..
Beli kat kedai arab yang dekat presint 15..
Kedai Mr. Kabab & Briyani..
Tapi tapau jek, tak makan situ..

Tiba-tiba terpandang kupon piza PHD RM10 ni dekat dashboard..terus pegi tebus sekali..


Papa hafiy cam biasalah..
Kalo makan kat nasik arab mesti nak yang kambing punya..
Lamb Mendy Rice


I ambik yang set Chicken Boti Kabab



Pizza Traditonal Wakiki Chicken yang ditebus kat PHD

p/s: harini masak seperti biasa ;)

Kes Pertama PARAM

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai
dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan
cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa
yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di
Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut
mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan,
dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13;
Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta
pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit
taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata
jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi
dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini
dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya
berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini
meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan
lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya
mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga
dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat
untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya
ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah
meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau
menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa
untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas
Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga
yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata
beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga
bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan
makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Credit to Utusan Malaysia

-------------------------------------------------------------------

Al-fatihah untuk arwah adik Nurdini

Peniaga PARAM sila jaga kebersihan kedai anda...
Jangan nak pikir untung semata-mata, orang lain plak menjadi mangsa..
Apapun ajal maut ketentuan oleh NYA.

Tuesday, August 9, 2011

Menu Ramadhan ke-8

Semalam teringin nak makan seafood..
Yelah setiap hari makan 'ikang' je..
Coz papa hafiy tak leh makan seafood sangat..
Nanti kaki dia gatal-gatal..
Penyakit kulat air..hrmm

Tapi, sebabkan i teringin..
I buat jugak..hehe ;P


Kerang rebus cicah sambal kicap



Sambal terung & udang

I goreng ikan cencaru untuk papa hafiy,
Tapi tetap makan kerang kan??
Harini dah gatal-gatal kaki dia..bukan salah i..

Hrmm..harini i dah buntu nak masak apa..
Papa hafiy kata dia nak beli sup gear box siap-siap..teringin agaknya..
Lauk semalam pun ada lagi..

Tadi baca blog zaa dia ada sebut pasal sardin..
I ingat nak masak sardin jelah..
Ok tak wokwok??

Kad raya sudah siap..


Ecece..baru puasa berapa hari, dah sibuk dengan kad raya...
Ini bukan kad raya i, ini bos i punya..
Buat siap-siap..senang.
Nanti dah nak habis puasa baru edarkan :)

Teringat time dolu-dolu..
Time sekolah..
Suka bagi kad dekat kawan-kawan..
Pastu dapat kad banyak-banyak..kumpul..
Pastu gantung kat dinding..haha :D

Siap kawan i, nadirah kalo bagi kad raya..siap ada sampul kecik kat dalam..
Dalam sampul tu, ada duit raya..comei :)
Rindu zaman-zaman macam tu kan..

Sekarang dah takdek kot..
Zaman-zaman tu dah berlalu..
Sekarang nak wish pun guna mesej jek..
Kalo malam raya tu, tak berhenti hp berbunyi coz mesej masuk..hehe :)

Monday, August 8, 2011

Menu Ramadhan ke-5, ke-6 & ke-7

Hehe..melampau wok!
I nak update time weekend memang tak sempat lah kot..
So meh kite update secara pukal ;)

Oh, i rajin tepek pic ni coz i rajin memasak :)
Kalo i tak masak, takdek lah i update kot..
So, kalo tengok ada menu ramadhan yang i tak letak tu..
Maknanya i tak masak..hiks ;P

Menu Ramadhan ke-5,

Kari ayam..tapi papa hafiy pergi beli ayam pencen..so i tak makan..
I memang tak makan ayam kampung ke, ayam pencen ke..
Bukan mengada, tapi memang tak makan!
So, papa hafiy makan sorang..


So, i buatlah singgang pedas ikan kerisi untuk i


Telur dadar


Sayur sawi goreng

Menu ramadhan ke-6,

Asam pedas


Ayam goreng


Tomato cicah Sos Thousand Island..belajar dengan Kak Mah makan ni..hehe


Daging masak kicap


Air soya cincau..tak nampak pulak cincau...

Menu Ramadhan ke-7,

Gulai lemak kuning, peberet papa hafiy..


Sambal telur...ini peberet i...


Ayam & ikan goreng



Sambal kicap..

Perasan tak uols setiap hari i masak mesti ada kuah @ gulai..
Papa hafiy tulah, kalo nak makan WAJIB ada kuah..
Kalo takdek, nanti mula lah dia tercekik lah..makan pun sikit jek..
Kalo i, okey jek makan sambal ikan & telur pun jalan..hehe

Hari ni nak masak apa ek??

Friday, August 5, 2011

Sudah 5 hari berpuasa..

Hai uols camana puasa..?
Setakat ni i okey lagi :)
Sedar tak sedar dah hari ke-5 kita berpuasa kan??
Isk, kejapnya masa berlalu..hrmm

I nak cerita pasal budak tecik tu dulu..
Apa benda dia buat malam tadi...

Yang menggeramkan!!
Kan dia dah pandai bukak peti..
So, i ni gigihlah ikat tombol peti tu dengan tali..
Biar dia takleh bukak..
Dia tetap boleh bukak, tapi ruang terbuka tu muat-muat nak masuk tangan dia yang kecik tu..
Dia try jugak korek-korek barang kat dalam tu..
Walaupun seksa coz mama dia dah ikat dengan tali kan..

Pastu bunyi pap!pap!pap!
Tengok-tengok....
Telor uols bergolek kat lantai..!
Dah pecah!
Bukan satu, bukan dua, tapi empat!!! empat uols!!
Argghhhh, terus i jadi hulk hogan!!


Yang kelakar
Dia main kete mainan..
Sekali dia main, 3 bijik kereta..
Pastu mulalah nak pegang , tak muat tangan..hehe
I tengok jek dia..
Nak tengok dia pikir camna dia nak bawak kereta tu..
Cuba pegang ketiga-tiga sekali
Jalan..jalan...satu kereta jatuh..
Pastu merengek tengok kat i mintak tolong..hehe

I buat tak tahu jek..
Pastu i tengok TV
Then, dia datang kat i sambil kata "nah! nah! nah!"
I tengok-tengok 2 kereta kat tangan kiri kanan..
Satu lagi kat mulut..haha :D

Semalam mood memasak masih rajin ;)
So, menu-menu berbuka semalam..

Sup sawi


Ikan bakar & air asam



Sambal sotong..ops! yang ni beli...hehe ;p


Wednesday, August 3, 2011

Menu Ramadhan ke-2

Kan i dah kata nak masak kan..
So, semalam memasak lah kite..hehe
Pergi bazar juz beli kuih tepung pelita & air soya..
Ini menu-menunya,

Singgang ikan, kangkung belacan, daging masak kicap & budu (wajib ado..hiks)


Ini budak tecik pun berbuka bersama..



Pastu menanges-nanges nak air soya..heh!

Hari ni nak masak apa ek??
Maybe tak masak kot..
Coz papa hafiy berbuka kat luar dengan tempat keje dia..
Hrmm nampaknya berbuka berdua dengan hafiy jelah kot..
Nak masak memang tak dapat lerrr..
Budak tecik tu mesti kaco..
Pastu mintak dukung, nak tengok apa yang mama dia masak dalam kuali..

Tuesday, August 2, 2011

Hari ke-2 berpuasa

Uols puasa ke?
I pun puasa wok..

Bulan puasa ni, i balik awal..
Dalam pukul 4.30 petang..
Semalam terjah Bazar Ramadhan Putrajaya nih, punyalah ramai orang..
Nak parking pun payah..
Maybe 1st day puasa kot..
Orang malas nak masak lagi..
Termasuk lah i :)

Tapi harini i pikir nak masak lah..
Coz semalam beli sambal ikan 2 ekor pun dah RM 6.50..
Belum campur lauk-pauk lain lagi tuh..
Isk rugi, rugi..
Baik i masak ;)

Tahun ni i tak nak tinggal sahur..
Biasa, puasa-puasa yang lepas i tak sahur pun wok..
Tapi kesian kat my hubby yang sahur sorang-sorang..
So puasa ni i tak nak tinggal sahur..

Apalagi nak cakap ek?
Semalam time bukak puasa, budak tecik tu tak deklah buat perangai sangat..
Weols duk berbuka, dia duk main bawah meja..hrmm..
Lepas papa dia pegi terawih..
Tinggal lah i berdua dengan budak tecik tu..
I dah macam ular sawa kekenyangan..hehe
Budak tecik tu duk main jek sorang-sorang..
Kul 10 dah nanges nak tido..

I belum wish lagi kat uols kan??
Selamat menjalani ibadah puasa uols..
Semoga puasa tahun ini lebih bermakna dari sebelum-belumnya :)