Wednesday, November 30, 2011

Cuti-cuti Penang

Weekend baru-baru ni weols satu family ke Penang..
Papa Hafiy ada wedding kawan dia kat sana..
So i dengan Hafiy mestilah tergedik-gedik nak ikot..hehe

Mahu jumpa Cik Jiejaa Ibrahim..hehe
Jiejaa ni, dari zaman i anak dara, sampailah i dah ada Hafiy, dia duk ajak datang Penang.
Tapi selalu i tak berkesempatan..
So kali ni, baru dapat pergi..
Tu pun Hafiy dah nak masuk 2 tahun..hehe

Papa Hafiy tido umah kawan dia kat sana..
I dengan Hafiy pulak tido umah Jiejaa & Nadea kat sana..
Takkan nak bawak Papa Hafiy tido umah anak-anak dara pulak kan? haip!!

Lagipun Papa Hafiy nak pergi wedding kawan dia & berjalan dengan kawan dia..
So i berjalan dengan kawan i lah kan..hehe

Weols bertolak Jumaat lepas keje..
Dalam pukul 11 malam bertolak..
Sampai sana 4.30 pagi.

Bersiap sedia nak pergi berjalan-jalan

Senyum jek nak berjalan ek?

Budak tecik ni kena duduk belakang, mata dia dah start ngantuk..padahal baru naik kereta

Jiejaa bawak pergi makan dulu..
Budak tecik tu tido jek..
2 jam lebih jugak dia tido..
Lepastu, pergi Chowrasta..
Beli jeruk dengan fridge magnet.

Cik Jiejaa Ibrahim

Lepas beli jeruk kat Chowrasta, singgah Padang Kota Lama

Wif Cik Nadea Hanim

Ramai melayan dia..sukalah tu

Melayan budak tecik ni main

Tengah pujuk beli belon buih, coz mama dia eksaited nak main..hehe

Tapi taknak, nak kucing jugak..padahal dah ada seekor kat umah, dia ingat kucing betul kot...
Sebab tu kalau jumpa kucing betol dia geram nak pegang  macam ni..

Makan eskrem, seronoklah dia ada orang melayan

Kucing tak lepas..hehe

OMG..slimnya Nad

Susah betol nak bergambar dengan budak tecik ni

Berlatar belakangkan Star Cruise

Cuaca dah mendung

Weols ber3..

Hafiy & mama

Singgah makan malam kat Bath Steamboat

Orang kuat Penang nih

Jumpa geng dah..

Sedap bangat..teringat-ingat tau uols..

Nyum-nyum

Selepas  makan..licin wok

Jeruk & FM untuk my PF girl...

Esoknya tengahari..Jiejaa bawak pergi makan Nasi Kandar kat Pelita.
Dalam kul 4.30 petang baru bergerak balik Putrajaya..
TQVM to Cik Jiejaa & Cik Nadea Hanim..
Nanti kalau uols turun sini, i belanja steamboat  MARDI okey :)

Thursday, November 24, 2011

Sana Sini Bola

Hai uols..
Dah 2 minggu i tak jenguk belog nih...
Sibuk dengan bola sepak..eh tak tak, bola tampar lah uols..
I wakilkan MOF Voleyball Team untuk Pesta Sukan Kementerian Kewangan..
Sapa-sapa yang baca belog i dari dulu-dulu punya..mesti tahu kan ?
Banyak yang i cerita pasal voleyball.kat belog i ni..

Ermm..i start melibatkan diri dengan MOF Voleyball Team ni dari 2007 sampai lah sekarang..
Yang MAKSWIP pun ada jugak join, tapi sejak ada anak ni macam terbatas lah nak join..
MAKSWIP biasanya buat bola tampar pantai & main kat Perlis..
So, kena pikir banyak kali nak tinggal budak tecik tu..
Kalau main kat Tganu baru i join okey :)

Cerita pasal voleyball tahun ni,
Training pun sekejap jek..
Ada dalam 10 hari jek training, dari kul 3 petang sampai 5.30 petang..
So, bayangkan lah betapa sakitnya urat-urat i bila berbulan-bulan tak pegang bola..hehe
Tapi, kalau dah minat apa pun sanggup..eh?

Ketika baru sampai Pusat Sukan UPM

Wif Sue

Bergambar sekali dengan coach

Warming up kat luar dewan..

Ketika lawan Kastam Diraja Malaysia

Muka happy selepas menang

Kan main bersimpuh ayu..hehe

Susun ikut nombor kononya

Yang belah kiri tahun lepas punya, yang belah kanan baru-baru ni..dapat no.3 jugak..hope tahun depan dapat up kan lagi  :)


Tuesday, November 8, 2011

Cerita Hari Raya Haji yang sedih :(

Hrmm..hari ni dah start keje semula.
Tapi kat opis i ni ada beberapa kerat jek, yang lain masih bercoti..
Bosan & tak best raya kat sini..
Bayangkan malam raya tu, kawasan perumahan i ni dah sunyi sepi..
Kebanyakkan umah  gelap gelita.
Boleh kira dengan jari berapa orang yang tak balik raya..
Parking kat basement pun lengang..

So, malam raya weols pergi jalan IOI Mall jap..
Saja..untuk menghilangkan rasa gundah-gulana tak balik beraya..hehe :)
Malam tu kan dah start takbir raya..sebak & sayu jek..
Esok bangun pagi, papa hafiy pergi sembahyang raya kat surau bawah umah.
Hafiy i pakaikan baju raya, padahal duduk umah jek :)
I pakai t-shirt bodoh jek..
Papa Hafiy buat Mee Rebus Terengganu.
Pukul 2 petang, Dakcik & husben datang..
Ada jugak orang datang beraya..ingatkan takdek..hehe
Nasib baik ada Dakcik kan??
Malam tu, pergi beraya umah Dakcik pulak..
Dia buat Nasi Minyak yang super sedap!

Mak mentua i datang malam tadi..
Tawarkan diri untuk jaga Hafiy yang chicken pox..
Khamis ni baru balik Terengganu semula..
So, tak perlulah i gilir-gilir bercoti dengan Papa Hafiy..hehe
Tapi Hafiy dah semakin sembuh..

Weekend ni, Tok Ma & Tok Aboh pulak turun..
Ada kenduri kawen kat Raub..
So, turun Putrajaya dulu :)

Thursday, November 3, 2011

Bila Hafiy kena Chicken Pox

Budak tecik tu tengah dikuarantin kat umah.
Semalam sepatutnya i dah start training voleyball..
Baru je sampai kat pusat training,
Tiba-tiba cikgu hafiy kol "badan hafiy naik merah-merah & ada gelembung air"

Terus bergegas i ambik dia kat taska..
Sekali selak baju, banyak giler! tak demam tak apa. terus naik macamtu..
Terus i bawak dia pergi klinik.
Nasib baik klinik tak ramai orang.

Tido malam tadi, dia asyik merengek & menggaru jek.
Maybe miang & gatal sangat kot.
Kesian i tengok.
Hari ni papa Hafiy cuti
Esok i pulak cuti.
Gilir-gilir camtu lah sampai dia sembuh.

Dahlah Raya Haji dah dekat..
Dahlah tak balik beraya kat kampung..
Tetiba Hafiy kena Chicken Pox.
Sob..sob.. (buat-buat sedih supaya Tok Ma & Tok Aboh turun beraya sini) muahahaha :D

p/s : kejap lagi nak pegi cari daun semambu dengan Dak Wanies

Tuesday, November 1, 2011

Damia Qaisara is 2!

Besday anak Dak Wanie buat pada weekend baru-baru ni..
I pergi berdua dengan Hafiy lepas Zohor.
Papa Hafiy keje. Pastu malam dia sambung tengok bola pulak kat Stadium.
Hrmm..Terengganu kalah..sedih ah!

Jom check-it-out!

Tema dia ialah 'Angry Bird'

Malam sebelum, together membuat decoration ni..
Diketuai oleh Dakcik Ain.
Tiup belon, gantung-gantung & tampal -menampal sampai 1 pagi!
Takpe Damia punya pasal :)

Dah siap!
Besday cake Damia yang digubah oleh bos Wani..
Bos Wani jugak siap buatkan spaghetti & mashed potato..
Baik kan bos dia? Sporting giler.
Makcik Wani pulak buatkan soto ayam
6 ekor Angry Bird
Goodies bag untuk tetamu
Cup cake comei yang dicari oleh Dak Ein
Besday girl
Hafiy wif Untie Ein
Hafiy wif mama
Susah betol nak ambik pic budak ni duduk diam
Tetamu dah sampai
Inilah bos Wani..Puan Nik :)
Mia wif kawan opis & bos Wani
Mama hafiy wif Mama Mia
Eh, macam besday dia pulak
2 budak Angry Bird..
Bergambar sebelum potong cake, tetiba sin chan tergolek bawah tu
Family Angry Bird
Dakcik Ain tak sampai lagi.
Dia datang lambat coz dia kena keje dulu
Sesi potong cake
Ibu mengandung yang kepenatan
PF ber3 only
Dan lagi
Rosislinda wif  Sofea
Dakcik Ain yang baru sampai
Mia main pistol air..tak sempat-sempat bukak hadiah
Kad from Bos Wani & family
We love u tooo
Sesi membuka hadiah
Tapi budak 2 orang tu yang sibuk kan??
Pastu bergaduh coz berebut mainan.
Mama Mia & Dakcik Ain
Lepas buka hadiah, gaduh berebut jajan pulok
Adie Botak yang baru sampai coz main bola..atlet katakan.
Sesi menggedik..Dak Ein dah balik time nih
Rosislinda dengan bantal Angry Bird yang dia bagi
Sofea sibuk duk tarik bantal tu
Eh, menggedik lagi
Dan lagi, anak entah ke mana kan? haha :D
Baru berjaya ambik ramai-ramai
Pukul 11.30 malam baru balik umah...hehehehehe ;)