Thursday, December 29, 2011

Batuk oh Batuk!

Sejak peknen ni..
I tetiba dapat batuk.
Dah sebulan dah batuk..
Pergi klinik, doc tak bagi i makan ubat batuk coz masa tu i baru peknen 8 minggu..

So, sekarang cuma bertahan jelah.
Tapi, tak larat tau asyik batuk..
Kekadang tu sampai muntah-muntah..

Dah try macam-macam petua tradisional..
Dah sapu macam-macam minyak kat dada.
Tapi takdek kesan perubahan pun.
Sama jek.
Dahlah kat opis i ni air-cond sejuk giler!
Makin bertambah teruk batuk i ni adalah....
Hrmmm :(

Thursday, December 22, 2011

My 26th Birthday :)

Hai uols..
Baru berkesempatan mengupdate belog.
Entah, i pun tak tahu i sibuk dengan apa..
Tapi, memang tak dek masa nak buka belog & blogwalking..
Ni pun i curik masa jap.
Kejap lagi ada meeting pulak.

Alhamdulilah genap lah i berumur 26 tahun pada 17 Disember yang lalu..
TQVM kepada semua yang wish kat hp & FB..
Besday i dengan Dakcik kan dekat-dekat, Dakcik pulak 15 Disember tau.
So, weols sambut sama-sama baru ni..
Kat Manhattan Fish Market, Alamanda

Besday girl, Dakcik& me

Wif makanan masing-masing, tetiba pic Dakcik tak dek plak.

Dak Ein tengah tulis ucapan kat kad  besday

Dakcik dengan kad besdaynya

Suprise cup cake untuk weols from Dak Wanies & Dak Ein

Bos Wanie yang tolong buatkan..TQ Pn. Nik :)

Muka eksaited

Perancang majlis..TQ uols, love u !

Hadiah besday from Papa Hafiy ( i dah request siap2..besday tahun ni i nak Fareeda 2 helai..haha )
TQ Papa Hafiy, setiap tahun bagi Fareeda pun okey..hehe

Monday, December 12, 2011

Puisi Zahiril Adzim untuk isterinya

Uols sweet giler Zahiril Adzim nih..
Time majlis kawen diorang, Zahiril tetiba bangun & kuarkan kertas kat celah kot yang dia pakai..
Kat kot tu jugak terselit microphone kecik..
Agaknya time tu mesti Shera pelik kenapa tetiba  suami dia bangun..hehe


Puisi Zahiril untuk isterinya,


"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 



sweet kan? hehehe

I rajin jugak bukak Zahiril Adzim ni..
Banyak kata-kata nasihat & puitis kat blog dia..

Monday, December 5, 2011

Orang lain yang peknen, orang lain yang alahan..hehe

Hrmm..kesian Papa Hafiy..hehe
I yang peknen, dia yang morning sickness teruk..
Time i peknen kan Hafiy pun cam tu jugak..kejap-kejap dia loya tekak.
Tapi dalam seminggu jek.

Tapi, kali ni, teruk sangat tengok dia..
Melepek jek.
Asal makan, muntah.
Asal makan, muntah
Makan pun dah tak lalu..
Hari ni pun dah 2 kali muntah..
I pulak yang kena jaga dia..eh?

I pulak setakat ni okey lagi..
Takdek apa-apa alahan.
Makan pun makin banyak..haha :D

Takpelah, biar Papa Hafiy tanggung semua alahan-alahan ni..
Ini dinamakan pengorbanan..
Baru adil kan? hehe :)

Friday, December 2, 2011

Al-Fatihah buat Rara Zikry


Al-Fatihah buat Rara Zikry @ Zarith Nadia Mohammad Zikry..
Bagi yang belum tahu kisah beliau boleh baca kat bawah ni..



Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Thursday, December 1, 2011

Rezeki 2012

Hehehe :)
Kawan-kawan kat Fb mesti dah ramai yang tahu kan?
Alhamdulilah, Hafiy akan dapat adik..
I pun tak expect akan peknen coz i baru habis main sukan bola tampar..siap melompat-lompat okey.
Rezeki Allah nak bagi, Alhamdulilah..

Patutlah ramai orang tegur pic i kat Penang.
Muka i tembam, nampak berisi & pucat.
Hope kali ni sama macam peknen kan Hafiy, tak dek apa-apa alahan..Amin...

To Dakcik & Dak Ein : I dengan Wani tunggu uols pulak..hehe

To Dak Wanie : Doa u dimakbulkan..yelah, u kan setiap hari berdoa kawan-kawan u peknen supaya ada teman pergi klinik kan??

To Tokma : Rezeki tokma..hehehe

To Papa Hafiy : Berdoalah dapat baby girl pulak..haha

To Hafiy : Jangan nakal-nakal

To Along & Kak Diela : "Anok tok de besa nok bulih hok lain pulok" haha

To Blogger Friends: Nampaknya blog i akan tak berupdate berbulan-bulan macam mengandungkan Hafiy dulu-dulu..haha :D