Friday, January 20, 2012

Check-up lagi

Bukan check-up peknen uols.
Check-up batuk..
Dah 3 kali i ulang-alik pergi klinik pasal batuk ni..
Semalam i pergi lagi coz ubat dah habis..

Doc pun cam dah tak tahu nak buat apa, coz dah lama i batuk.
Nak x-ray tak boleh coz i peknen.
Semalam dapat antibiotik pulak.
Doc kata antibiotik yang dia bagi ni boleh untuk orang peknen.
Sambil-sambil tu, dia suruh i kerap kumur dengan air garam.

Eh, 2, 3 hari ni i rasa ngilu jek gigi...sengal-sengal pun ada.
Normal ek?
I rasa i kurang kalsium.
Kena rajin-rajin minum susu lah  macam ni.

Tuesday, January 17, 2012

Sedar tak sedar

Hrmm..mahu cerita pasal budak tecik itu..
Dah lama takdek cerita dia kan??

Yup, sedar tak sedar...
Budak tecik itu dah semakin besar..
Dah banyak cakap..
Dah nak masuk 2 tahun bulan depan..
Sekejap je kan??

Kadang-kadang keletah dia, buatkan kita tak kering gusi..
Kadang-kadang keletah dia, buat mama & papa dia hot..
Bila pikirkan dia yang semakin membesar ni,
Akan bersekolah, bekerja & pastu kawen...aggrhh...sedih lah plak!
Cepat sangat masa berlalu.
Yup, cepat sangat.
Agaknya itulah yang mak ayah kita rasakan??

Ok, takmo sedih-sedih.
Mahu cerita pasal budak tecik itu kan?

Budak tecik itu minat sangat dengan kereta.
Kalau depan TV tu, penuh dia atur kereta mainan dia..
Pastu main-main kat situ, sampai mama & papa dia nak tengok TV pun susah.
Nak gi jalan-jalan pun, bawak kereta mainan...
Nak mandi pun wajib bawak kereta mainan..
Sampaikan bila jiran depan umah, tak tutup pintu..
Dia akan pergi jenguk cari kereta mainan Haikal (kawan dia) yang kereta remote besar tu.
Pastu menangis-nangis, nak kereta Haikal yang tu...
Aiyoo..mahal tu...
Tunggu papa mung beli okey, dia dah janji.

Sekarang dia suka menyanyi.."aku cinta...aku cinta"
I pun tak tahu lagu apa, sampai cikgu dia tanya Hafiy tu nyanyi lagu apa??
Asyik duk ulang "aku cinta..aku cinta"

Kalau tanya Hafiy baby mana?? dia akan tepuk perut dia sambil cakap "baby...baby"

Kalau dia berak, dia akan cakap "Hafiy yok...Hafiy yok"

Satu lagi, cukup penggeli okay...
Lagi-lagi time  mama dia selesema nih..
Siap bila mama dia hembus hingus kat tisu pon, buat muka geli, pastu muntah.haha :D
So, bila dia nampak mama dia nak kuarkan hingus, cepat-cepat dia lari sambil buat muka geli.
Adoilah...

Kat sekolah, cikgu dia cakap dia sibuk suruh cikgu ikat rambut dia...
Coz tengok kawan-kawan dia ikat rambut.
Hafiy, awak tu boboi..bukan gegurl okey!

Hrmm...banyak lagi...tapi yang ni i ingat buat masa nih..

Setelah lama menyepikan diri

Uhuk..uhukk
Hrmm batuk i tak baik lagi okay..
Dah 2 bulan! 2 bulan uols!!!

Macam-macam dah ubat doc bagi..
Macam-macam jugak petua yang i try..hrmm.
Ada orang kata pembawakan.
Ada orang kata inilah alahan i...adoii..

Yup..i tak dek alahan, yang muntah-muntah tu...
Tapi i ada dapat batuk, keputihan, selesema & sekarang gigi pulak sakit berdenyut-denyut jek.
Banyak i nak cerita ni, tapi i ada keje plak..nanti i free i sambung okey :)